Panduan Mencuci pakaian dan lampin Bayi

Assalamualaikum w.b.t

Bukan sebarangan sabun ataupun pelembut yang boleh kita gunakan pada pakaian dan lampin bayi. Ini kerana, kebanyakan sabun pencuci dan pelembut pakaian mengandungi pelbagai jenis  bahan pencemar. Lebih daripada itu, bahan-bahan ini kadang-kala tidak mampu berfungsi dengan efektif. Tambahan pula, sabun pencuci mengandungi pencerah optik yang menjadikan pakaian kelihatan bersih tetapi realitinya, hanya meninggalkan sisa yang merosakkan fabrik. Lebih daripada itu, ia boleh menimbulkan reaksi alahan dan masalah lain-lain.

jemur-baju-anak-saya

Lazimnya, sabun pencuci biasa mengandungi beberapa jenis bahan kimia yang boleh bertindak balas dengan kulit sehingga menyebabkan kerengsaan. Oleh yang demikian, pilihlah sabun pencuci yang bebas fosfat, tanpa enzim, tanpa pencerah optik, tanpa pewarna dan wangian. Kandungan sebegini menjadikannya bersifat lembut di mana ia bukan sahaja baik untuk alam sekitar dan kesihatan anak mahupun diri anda sendiri . Malah turut bermanfaat untuk lampin dan pakaian yang dicuci.

Sabun pencuci yang bagus juga tidak seharusnya mempunyai enzim kerana ia berupaya untuk menyerang kulit terutamanya bagi sikecil yang berkulit sensitif. Dalam pada itu, berwaspada  dengan sabun pencuci tertentu kerana ada segelintir anak-anak kecil yang mudah alah kepada produk pencuci biasa  yang berasaskan kelapa dan sitrus.

Antara panduan untuk ibu-ibu dalam menguruskan proses cucian pakaian anak dirumah dengan kaedah yang paling selamat.

1. Pilih produk yang mesra alam.

Sabun pencuci lampin bayi perlu berasaskan bahan kimia yang lembut. Malah, pemlihan produk.

2. Guna sabun berformula Khusus

Penggunaan sabun dalam kuantiti yang banyak sebenarnya tidak membantu pakaian mahupun lampin untuk kelihatan benar-benar bersih. Oleh yang demikian , dapatkan sabun berformula khusus agar objektif anda  mendapatkan lampin dan pakaian yang benar-benar bersih tercapai.

3. Basuhan awal lampin atau pakaian

Sebaik-baiknya lampin dan pakaian anak anda perlu dibasuh dulu sekali sebelum digunakan. Ini terutamanya bagi lampin dan tuala yang digunakan. Namun, perlu diingati bahawa basuhan awal sama sekali tidak perlu menggunakan sabun. Anda hanya perlu menggunakan air bersih semata-mata untuk mencucinya.

4. Elak penggunaan pelembut

Hindari diri daripada penggunaan pelembut kain. hal ini berikutan pelembut berkenaan akan meninggalkan lapisan di atas kain lampin dan akhirnya menyebabkan lampin bertukar sifat dengan tidak menyerap air kencing dengan sempurna.

Nota Tambahan

Air adalah ejen pembersih yang paling baik dan sabun yang bersifat anti bakteria akan membantu anda membersihkan lampin dan pakaian anak dengan lebih baik.

(Visited 2,342 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!