Panduan Mengurangkan Masalah Gemuk Air

Kenapa ada orang yang mengalami ‘Gemuk Air’? Adakah disebabkan dia minum air overdose sampai jadi gemuk?

Gemuk air

Terlebih minum air TIDAK AKAN menyebabkan korang-korang semua menjadi gemuk air OK..(Dulu-dulu Jida pun fikir camni jugak, ???).

Malah, disebabkan kekurangan air lah, badan korang menjadi gemuk air. Hal ini kerana bila otak kita mengesan yang badan kita ni jarang mndapatkan air yang cukup, maka secara automatik otak mengatur supaya air ditarik dan disimpan di dalam sel badan korang untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti.

Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Bagi mengatasi masalah gemuk air ni, ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan.

? Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.
Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Bila bekalan air dah mencukupi of cos badan kita akan buang balik simpanan air tu… Takkan nak buat semak kot kan simpan air lebih-lebih kalau air dah OK….

Dan yang paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.

Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.

Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

?Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

?Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.

? Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza.
Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

Haa..lepas ni jangan risau-risau lagi kalau korang ni kategori ‘gemuk air’. Jangan sampai takut nak minum air pula ye. Banyak info-info yang anda boleh gali diinternet ni.

Keep on fighting for your target shape!???

Dan kalau ada memerlukan suplemen untuk membantu mengatasi masalah ini, jangan segan-segan untuk menghubungi Jida di talian 013-6691930 ya.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

(Visited 182 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Panduan Mengurangkan Masalah Gemuk Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!