Panduan Mengurut Bayi

Assalamualaikum w.b.t

Semasa mengandungkan Dayana, Jida memang tidak tahu yang bayi juga suka dan elok di urut. Hinggalah saat Jida menghantar Dayana untuk pemeriksaan bulanan diklinik, seorang jururawat disitu telah memberitahu yang mengurut bayi ni elok untuk perkembangan dirinya. Malah dia juga turut menunjuk ajar asas-asas mengurut bayi.

urut bayi-panduan

Urutan  adalah salah satu daripada cara ibu berkomunikasi dengan bayi mereka. Urutan juga mampu merangsang pengeluaran hormon serotonin yang juga dikenali sebagai terapi gembira yang mampu melega dan memberi ketenangan kepada bayi.

Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi dengan cara betul memberikan banyak kesan positif, termasuk menggalakkan interaksi anatara ibu bapa dan bayi. Namun, untuk melakukan urutan pada bayi perlulah tahu caranya.

Kelebihan Mengurut Bayi

  1. Membantu meransang pembesaran fizikal bayi.
  2. Menguatkan ketahanan tubuh badan
  3. Membina keyakinan diri.
  4. Melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki sistem penghadaman.
  5. Membantu memudahkan bayi tidur
  6. Merangsang aliran oksigen di dalam badan
  7. Membantu perkembangan fungsi otot.
  8. Meredakan kesakitan apabila demam
  9. Memudahkan penyingkiran bahan toksik.
  10. Merangsang perkembagan fizikal dan psikologi.
  11. Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa
  12. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi.

Persediaan sebelum mengurut bayi

  1. Pastikan suasana selesa dan tenang.
  2. Keadaan bilik senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa.
  3. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus. Gosokkan kedua-dua tangan bagi mendapatkan rasa hangat.
  4. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur.

Cara Urutan

Muka 

Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian dibawah bibir bayi. Ulang tiga kali.

Dada

Menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk . Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan disekeliling mengikut bentuk hati sehingga ke bahagian tengah.

panduan-urut-bayi

Tangan

Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. Kemudian, usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan. Pada masa yang sama, picitlah dengan lembut.

Kaki

Pegang kaki bayi dan pusingkan dengan kedua belah lengan bergerak ke arah bertentangan. Pada masa yang sama, picit dengan lembut. Kemudian, dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.

Perut

  • Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.
  • Buatkan gerakan separa bulat dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian, buat gerakan bulatan penuhmengikut hala pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak ke atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
  • Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi dari kiri ke kanan.

Bahagian Belakang

Letak bayi dalam keadaan meniarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda daripada depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke punggung , kemudian naik ke bahu.

urut bayi2

Sila ambil perhatian bahawa bayi masih lemah dan sebarang tindakan haruslah dibuat dengan berhati-hati. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecedaraan semasa proses mengurut bayi dijalankan. Sila rujuk pada yang pakar sekiranya terdapat sebarang  kemusykilan.

Semoga Bermanfaat.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

(Visited 2,320 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!