Panduan Penting Pemilihan Set Berpantang Yang Sesuai

Inshaallah, lagi seminggu Jida bakal dapat anak saudara baru. Jangkanya pada 18 haribulan, itupun kalau tak overdue ?. Tak kisah lah on due or over due, janji semuanya berjalan lancar. Amin.

Oleh kerana dari pengalaman kakak yang lepas, dah dua kali dia over due, jadi segala persiapan semua di buat pada saat-saat terakhir. Termasuklah mencari Set Berpantang. Ish..ishh…

Makanya, semalam mulalah dia risik-risik Set Berpantang Shaklee.

Set Berpantang Shaklee

So, Jida cadangkan lah pada dia beberapa suplemen yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee berserta fungsinya sekali. Sebenarnya dari bulan lepas dah bagitahu, tapi sebab dia masih nak fikir-fikir lagi. Jadi, Jida bagi je dia fikir dulu. Tak de hal lah, sis.

Sebenarnya, ada beberapa panduan yang Jida nak kongsikan di dalam pemilihan Set Berpantang yang bersesuaian dengan anda.

Tips Untuk Memilih Set Berpantang Yang Sesuai.

1. Dapatkan Info Produk

Kebanyakan info produk kini boleh dicari di hujung talian sahaja. Ambil masa untuk baca info-info yang berkaitan agar anda dapat mengetahui maklumat produk dengan lebih tepat.

Periksa samaada produk tersebut mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan atau tidak. Ini penting agar tiada kesan sampingan yang akan berlaku pada anda untuk jangka masa panjang.

2. Bajet

Ini juga perkara penting semasa membuat pemilihan. Sebab setiap set adalah berlainan harganya.

Ada orang yang mahukan Set Lengkap Untuk Rawatan dalaman dan luaran seperti tungku, mandian herba dan bengkung. Ada orang pula cuma mencari Set untuk menambahkan tenaga selepas bersalin. So, keperluan setiap individu berbeza. Maka, bajet juga mesti berbeza.

Oleh itu, anda sendiri mestilah menetapkan bajet yang sesuai dan mampu untuk anda bayar. Dengan bajet yang ditetapkan barulah mudah untuk membuat pemilihan yang terbaik.

3. Jenama Produk

Biasanya, produk yang selalu melintas di kaca TV dan media massa mudah dikenali dan kita memandangnya sebagai satu jenama besar yang boleh dipercayai. Lagi-lagi, kalau dutanya adalah artis popular.

Sebenarnya, pandangan sebegitu kurang tepat, kerana kita juga perlu mengambil kira maklumat produk dan khasiatnya pada badan kita. Rajin-rajinkan lah membelek-belek info produk sebelum membuat keputusan.

4. Sesuai Atau Serasi Ke Dengan Diri Sendiri?

Dengan info produk yang telah anda perolehi, lakukan perbandingan produk di antaranya. Dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri.

Pengguna yang bijak perlu membuat pemilihan yang teliti. Jangan mudah terpedaya dengan iklan semata-mata.
Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.

5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej

Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan. Walaupun secara berasingan tetapi seloknya beli satu set juga, barulah lengkap untuk kegunaan semasa berpantang.

6. Tanya Pendapat

Pengalaman dari orang yang rapat dengan kita juga boleh digunakan semasa membuat pemilihan Set Berpantang. Kita boleh bertanya pendapat adik beradik dan kawan-kawan tentang produk yang mereka gunakan.

Tapi sebelum bertanya, lebih elok sekiranya anda mengumpul maklumat produk dulu supaya anda juga boleh mengorek lebih dalam lagi info tertentu yang mana mungkin mereka terlupa untuk bagitau.

7. Beli Di Mana?

Kalau boleh, belilah dari penjual yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi sekiranya anda berurusan di atas talian sahaja. Lihat komen atau feedback yang ada dari customer sedia ada untuk menilai kredibiliti seseorang penjual sebelum anda memilih untuk membeli produknya. Ini bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan dan kerugian di pihak anda. Yang paling menakutkan bila duit dah dibayar, tapi produk tak dapat. So, berhati-hatilah selalu ya.

Di harapkan dengan adanya panduan yang Jida senaraikan ini dapat membantu ibu-ibu yang bakal berpantang untuk membuat pilihan yang lebih bijak. InshaAllah.

Sekiranya anda merasakan info ini berguna, silakan klik butang Share ye. Tq gais…

(Visited 94 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Panduan Penting Pemilihan Set Berpantang Yang Sesuai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!