Panduan Untuk Menenangkan Bayi Menangis

Assalamualaikum w.b.t

Di fasa awal kehidupan seorang bayi, dia hanya tahu menangis untuk mengekspresikan apa yang dia inginkan. Lapar nangis, sakit perut nangis, nak tidur pun nangis. Maka, kita sebagai ibu harus lah bertindak pantas dan cepat apabila bayi kita mula menangis. Membiarkannya menangis tanpa pujukan  akan menggalakkan tangisan bertambah kuat. Ketahui beberapa panduan yang dapat membantu bayi  berhenti menangis.

bayi menangis

1. Beri susu

Bulan-bulan pertama kelahiran , kelaparan merupakan punca bayi menangis. Memberinya susu ibu adalah cara paling berkesan menenangkannya. Bayi akan terus berhenti menangis sebaik anda acukan puting payudara ke dalam mulutnya. Ini menunjukkan dia lapar atau dahaga.

2. Membelainya

Biasanya ini merupakan jenis hubungan mesra yang bayi anda perlukan untuk bertenang dan berhenti menangis. Jika dia lebih tenang apabila anda mendukungnya tegak pada bahu, atau keadaan mukanya ke bawah didalam lengan anda, mungkin ada angin di dalam badannya yang menyebabkan dia menangis.

3. Ayunkan secara berirama

Pergerakan biasanya membantu menghentikan tangisan bayi dan adakalanya mungkin boleh menidurkannya. Ayunkannya di dalam lengan anda . Jika dia masih tidak tenang, cuba ayun dengan lebih cepat atau gerakkannya ke atas da ke bawah dengan cara anda mengjengketkan satu demi satu kaki anda.

4. Membedungnya

Balut bayi yang baru lahir di dalam sehelai selimut dengan agak ketat. Ini mungkin menenangkannya  kerana dia merasa selamat. Letakkannya ke bawah untuk tidur menelentang tanpa menanggalkan balutannya.

5. Menepuknya

Tepukan lembut dan usapan manja dibelakang badan atau perutnya secara berirama dapat memberi ketenangan kepada si manja atau membantunya sendawa jika masalah kembung menjadi punca tangisan.

6. Memberi sesuatu untuk dihisap

Hampir semua bayi berasa tenang apabila menghisap. Kadang kala diperhatikan  bayi yang mula bijak menghisap jarinya sendiri akan tenang dan diam sendiri bila menangis. Jari anda yang bersih mungkin juga dapat mententeramkan dan kadangkala menidurkannya.

7. Mengalihkan perhatian

Adakalanya, melihat sesuatu membuat bayi lupa sebab dia menangis, sekurang-kurangnya untuk seketika. Corak yang terang, berwarna-warni, bunyi-bunyian mungkin mempersonakannya. Wajah dan cermin juga merupakan tarikan yang baik. Mendukungnya ke sekeliling rumah untuk melihat gambar atau wajahnya dicermin , boleh menenangkannya.

Semoga panduan kali bermanfaat untuk anda

Ceria Selalu

Ruzidah Abdullah

0136691930

 

(Visited 1,923 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Panduan Untuk Menenangkan Bayi Menangis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!