Panduan untuk mengatasi gejala-gejala yang dialami badan setelah hamil, mesti anda tahu

Terdapat beberapa gejala yang timbul setelah seorang wanita itu hamil. Ini kerana hormon estrogen dalam badannya mengalami peningkatan berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Antaranya adalah seperti item-item yang Jida senaraikan di bawah ini. Sekiranya berlaku kepada anda, tip berikut boleh anda amalkan untuk mengurangkan gejala yang timbul ketika mengandung.

perempuan-mengandung

Pendarahan Gusi

Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi. Ia biasanya terjadi sewaktu memberus atau melalukan flos di celah gigi. Apa yang boleh anda lakukan agar tidak mengalami masalah gigi yang serius ialah dengan menggosok gigi sekurang-kurang dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembu.

Jika gigi anda sensitif , gunakan ubat gigi khas . Sekiranya gusi kerap berdarah , rawat dengan ketulan ais bagi mengurangkan pendarahan . Paling utama, ialah anda kena mengurangkan gula dan makanan manis termasuklah biskut, kek, minuman soda dan lain-lain.

Wajah Berminyak

Memiliki kulit cantik dan sihat menjadi idaman setiap wanita, akan tetapi apabila mengandung, Ibu hamil harus lebih teliti mengenai produk kecantikan sepanjang tempoh kehamilan. Salah memilih produk kecantikan yang mengandung bahan kimia yang berbahaya akan membuat pertumbuhan pada perkembangan janin terganggu.

Ketika anda hamil, tubuh anda mengalami peningkatkan pengeluaran minyak pada kulit sehingga menyebabkan wajah andakelihatan lebih bersinar atau bercahaya. Ada wanita yang sebelumnya tiada masalah dengan kulit wajah tiba-tiba mengalami masalah kulit berminyak dan dipenuhi jerawat. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Amalkan membasuh wajah dua kali sehari menggunakan pembersih yang tidak mengandungi sebarang pewangi ataupun alkohol.

Pigmentasi

Ramai wanita menghadapi masalah ini ketika hamil. Pigmentasi atau kemunculan tompok gelap adalah normal semasa mengandung. Biasanya ia akan muncul di wajah, badan atau leher. Perubahan hormon yang berlaku ketika hamil menyebabkan munculnya pigmentasi tersebut.

Para penyelidik percaya, pigmentasi ini juga berkaitan dengan kekurangan asid folik di dalam tubuh badan. Maka, pengambilan makan sihat seperti sayuran hijau, bijirin penuh dan makanan yang dapat menampung kekurangan asid folik di dalam tubuh badan dilihat membantu mengatasi masalah ini. Selain itu, suplemen yang mengandungi asid folik elok diamalkan ketika hamil untuk melengkapkan lagi nutrisi yang sepatutnya diambil.

Anda juga boleh menggunakan krim pelindung ultra ungu (UV) yang secukupnya bagi mengurangkan masalah ini.

Kulit kering dan gatal

Masalah ini disebabkan oleh kulit meregang akibat kandungan yang semakin membesar. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku.  Sebaliknya, usap dengan dengan kain lembut hingga hilang rasa gatal. Sapukan minyak bayi atau krim yang bebas bahan kimia pada bahagian berkenaan untuk mengekalkan kelembapannya.

Rekahan

Kawasan yang biasa berlaku rekahan adalah payudara, perut, paha dan pinggul. Rekahan atau regangan kulit muncul seperti jalur panjang pada kulit dan selalunya dilihat berwarna putih. Sedikit kenyal dan bergentel-gentel timbul di atas kulit apabila disentuh. Ada juga kesan rekahan yang berwarna agak keunguan atau merah, mengikut jenis ton kulit masing-masing.

Bahagian tubuh yang mengalami kesan regangan yang paling ketara ialah di bahagian perut. Bahagian lain yang turut mengalami kesan regangan ialah payudara, pinggang dan belakang pinggang

Oleh itu, rajinlah melakukan urutan menggunakan minyak (contohnya : baby oil) atau pelembap yang sesuai dikawasan tersebut. Jangan sesekali garu sekiranya berasa gatal. Nanti habis kulit korang tinggal kesan.

Urat Bersimpul

Urat bersimpul atau vena varikos berlaku semasa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan dari perubahan hormon estrogen dan progestron yang melemahkan dinding vena.

Jadi, cuba elakkan berjalan kaki atau berdiri terlalu lama serta hindari kaki berada dalam keadaan tergantung. Apabila berbaring pula, cuba pastikan paras kaki ibu-ibulebih tinggi dari paras jantung bagi melancrkan aliran darah kembali ke jantung. Ibu-ibu boleh lapikkan bantal di kaki untuk keselesaan semasa tidur.

(Visited 573 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!