Panduan Untuk Menghilangkan Eyebag/Hitam Bawah Mata

Lingkaran hitam (dark circle) dan eye bag adalah masalah yang boleh menyebabkan penampilan diri menjadi kurang menarik. Dah pakai cantik-cantik tapi bawah mata pula gelap semacam, tentulah menjadi persoalan pada mata yang memandang.

lingkaran hitam dan eyebag

Sebelum Jida bagitau cara untuk menghilangkan masalah lingkaran hitam dan eyebag ni. Apakata, kalau anda baca dulu punca-punca yang menyebabkan masalah lingkaran hitam dan eyebag ini terjadi.

1. Keturunan

Faktor keturunan boleh menjadi punca kepada masalah lingkaran hitam dan eyebag. Adakah ibu/ayah anda juga ada masalah ini. Jika ya, maka anda mungkin mewarisinya dari mereka.

2. Alergi

Bagi orang yang mempunyai alahan pada makanan tertentu, biasanya mereka mempunyai tabiat suka menggosok kulit di sekitar mata yang gatal. Akibat mengambil makanan yang tidak sesuai dengan tubuh badan maka ia telah menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.

3. Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin pc/laptop/smartfon

Pendedahan cahaya skrin yang lama juga boleh menyebabkan munculnya eye bag di bawah mata. Ini adalah kerana mata menjadi letih dan kurang tidur/kurang rehat.

4. Anemia

Anemia bermaksud kekurangan darah/zat besi. Pada masa kehamilan atau menstruasi kulit menjadi lebih pucat kerana kurangnya zat besi, untuk mengatasi masalah ini anda perlulah mengambil supplemen tertentu seperti ini >> Multivitamin, Sesuai Untuk Mengatasi Masalah Anemia.

5. Toksin berlebihan

Ini adalah salah satu puncanya, tabiat yang tidak mengambil pemakanan seimbang menyebabkan racun terkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat dicernakan dengan baik menyebabkan kulit di sekitar mata hitam serta nampak lebam.

6. Waktu tidur yang sedikit dan tidak menentu.

Kurang tidur juga boleh menjadi salah satu penyebab utamanya. Seseorang yang kurang tidur dikatakan memiliki hormon melanin (pigmen) yang banyak. Hormon inilah yang mengundang munculnya eyebag atau mata panda dan penuaan semula jadi.

Banyak juga kan faktor-faktor terjadinya lingkaran hitam bawah mata dan eyebag ni. Tapi, anda jangan risau sebab di bawah ni ada beberapa panduan yang boleh anda cuba untuk mengatasinya.

hilangkan eye bag

1. Amalkan Minyak Zaitun

Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan merupakan salah satu cara hilangkan eyebag. Sangat mudah untuk dipraktik.

minyak zaitun

Setiapkali selepas anda mandi, sama ada pagi ataupun petang, sapukan minyak zaitun pada kawasan mata selama 30 minit. Kemudian berikan urutan lembut supaya ia meresap dan dapat bekerja dengan lebih berkesan.

2. Guna Ais Batu

ais batu

Ais batu dikatakan cukup efektif untuk menghilangkan eyebag.Tambahan pula, sifat ais yang sejuk mampu memberikan kesegaran kulit.

Bersihkan muka. Kemudian Ambil beberapa ketul ais batu, bungkus dalam sapu tangan lembut. Kemudian tekap-tekap pada mata anda.

3. Potongan Timun

Bersihkan muka, kemudian baring. Letakkan potongan timun yang telah disejukkan selama 30 minit terlebih dahulu ke bahagian sekitar mata. Relaks, gosok perlahan-lahan dan biarkan potongan timun dengan lembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk.

hilangkan eyebag dengan timun

Rasa sejuk daripada buah timun dapat mengurangkan bahagian mata yang bengkak serta berfungsi untuk mengecilkan dan menyamarkan eyebag serta menegangkan jaringan kulit muka.

4. Pakai krim khas

Ini cara paling senang, amalkan memakai krim khas seperti Enfuselle Eye Treatment ini. Ia adalah krim khas yang sesuai disapu pada bahagian mata. Krim ini memang disyorkan kerana ia mampu memperbaiki lingkaran hitam bawah mata dan garis-garis halus serta kedutan yang sangat ketara.
Enfuselle Eye Treatment membaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.

krim khas eyebag

Mempunyai lingkaran hitam dan eyebag yang ketara boleh menjadikan kita nampak lebih tua dari usia sebenar. Jadi, usahakanlah agar masalah tersebut tidak akan berkekalan dan mengganggu penampilan dan Jida harap dengan adanya panduan untuk menghilangkan lingkaran hitam dan eyebag ini dapat membantu anda.

Selamat Mencuba.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

(Visited 176 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

7 thoughts on “Panduan Untuk Menghilangkan Eyebag/Hitam Bawah Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!