Peluang Buat Bisnes Dari Rumah

Bercerita pasal bisnes dari rumah, memang Jida akui Jida memang suka berniaga. Minat itu datang sendiri. Mungkin sebab ibu dan ayah Jida juga peniaga. Maka darah peniaga yang mengalir juga diwarisi pada Jida.

Teringat lagi masa Jida sekolah rendah. Dalam darjah 5 macam tu, mak buka kedai runcit. Masa tu Jida dan adik lah yang jadi shop assistant mak. Walaupun kami meniaga kecil-kecilan sahaja, tapi alhamdulillah dengan pendapatan berniaga mak ayah ini lah yang membesarkan kami adik beradik.

InshaAllah, walaupun kini Jida tidak lagi bekerja dan tiada gaji tetap, Jida bersyukur sebab Jida masih mendapat bonus setiap bulan hasil bekerja dari rumah. Sebab itu, kalau ada orang tanya, tak bosankah duduk dirumah tak bekerja. Jida cuma jawab, tak sempat nak rasa bosan, sebab banyak benda bermanfaat yang boleh Jida lakukan dari rumah.

Jangan ingat jadi surirumah cuma kerja goyang kaki je. Salah tu.

bisnes dari rumah

Surirumah juga mampu untuk menjana pendapatan yang tidak terhad sama seperti pekerja makan gaji asalkan mereka mahu dan rajin berusaha. Dalam entri Jida yang terdahulu, Jida ada tuliskan sebab-sebab kenapa bisnes shaklee sesuai untuk surirumah. Jemput baca disini — > 5 Sebab Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Surirumah. Selain itu, Jida juga pernah tulis mengenai potensi bisnes yang Jida pilih ini dan banyak mana yang Jida mampu capai sekiranya Jida berusaha ke arahnya. Nak tahu? Jemput baca disini –> Potensi Bisnes Dalam Shaklee.

Setelah anda baca artikel-artikel tersebut, tentu anda akan memahami mengapa Jida mahu melakukan bisnes dari rumah walaupun ada kelayakan untuk memohon pekerjaan bergaji tetap diluar. Insha Allah anda juga boleh melakukannya sekiranya anda mempunyai kesungguhan dan usaha ke arah itu.

Mengambil inspirasi dari ibu bekerja yang juga menjalankan bisnes Shaklee secara part-time, Jida ingin menjemput anda untuk menonton video dari Puan Fatimah Az Zahra ini.

Kalau Puan Fatimah yang masih bekerja boleh buat bisnes Shaklee? Mengapa tidak kita. Jom jadi Surirumah yang LuarBiasa.

Klik Sini untuk membaca entri Jida sebelum ini mengenai ‘Peluang Jana Pendapatan Buat Mahasiswa ‘.

Jika anda sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan sambil menjaga anak-anak di rumah. Inilah masanya anda menghubungi Jida di talian 013-6691930 sekarang. Tak rugi sekiranya anda mencuba bisnes santai-santai seperti Shaklee ini. Kita boleh membina masa depan yang lebih terjamin sekiranya rajin berusaha.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

(Visited 31 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!