Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Lelaki

Kat rumah ni pencuci muka ada satu je, dan yang satu-satunya tu lah yang dikongsi oleh kami suami isteri. Ya, kami memang pakai pencuci muka yang sama.

Suami Jida memang suka sangat dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser ni. Dulu-dulu ada juga belikan dia pencuci muka lain, tapi tak dipakainya. Katanya, lagi best pakai Nutriwhite.

Walaupun suami takde masalah kulit sangat, tapi kulit mukanya jenis berminyak. Lagi pula, pergi kerja naik motor je. Haruslah debu, kotoran apa semua melekat di muka. Sebab itu, kadang-kadang Jida paksa dia cuci muka bila datang malasnya. Barulah sedap mata memandang. Haha..

Perubahan ketara yang Jida perasan bila suami selalu cuci muka guna Pencuci Muka Nutriwhite Gentle Deep ni adalah kulit muka kurang berminyak, tona muka lebih sekata dan kulit lebih cerah berseri gitu.

Sebab dah nampak kesannya pada suamilah, Jida sangat rekemen pencuci muka ini untuk anda, lelaki-lelaki maskulin sebagai salah satu produk penjagaan wajah yang patut digunakan sehari-hari.

pencuci muka lelaki yang berkesan

Pencuci Muka Nutriwhite, Tanpa Bahan Kimia, Selamat Dan Berkesan.

Tersalah pilih pencuci muka, boleh menggelupas, kering dan pedih-pedih muka kita ni. Walau pencuci muka yang mahal sekalipun, apabila tidak sesuai dengan kulit muka, takkan kita nak pakai lagi. Bimbang pula makin merosakkan kulit muka.

Tapi lain benar dengan Nutriwhite ni. Setiap kali lepas basuhan, takde rasa tegang tak selesa tu, takde mengelupas atau kering sangat. Rasa best je. Wajah rasa bersih dan segar selepas dicuci dan yang penting tiada kesan sampingan.

Bau pun takde la harum semerbak sebab ianya natural tau. Takde bahan kimia. Haaa ni memang Jida suka. Kalau boleh memang Jida nak ubah segala jenis produk yang family Jida pakai kepada yang bebas bahan kimia. Mungkin kesannya tidak nampak sekarang, tapi baik untuk jangka masa panjang. Mencegah lebih  baik daripada mengubati kan?

Okay disebabkan nama dia pun GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER, ia mencuci dengan sangat lembut sekalipun kat area bawah mata ni ha.

pencuci muka shakleeIa diperbuat dari ekstrak tumbuh-tumbuhan terpilih tanpa kandungan bahan kimia merbahaya pada kulit.

  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit secara semulajadi.
  • Alga hijau melembabkan kulit dan membersih jauh ke dalam liang-liang kulit untuk membersihkan toksin
  • Strawberi begonia mencerah dan meratakan tona kulit kita.
  • Ia juga tidak mengandungi pewangi yang boleh merengsakan kulit sensitif.

Dan yang bestnya, satu tiub ni tahan lama. Rasanya dah lama Jida tak beli cleanser yang baru. Dah berbulan-bulan kot. Setengah tiub pun belum habis lagi. Jimat kan?

Dan kalau nak penjagaan yang lengkap, kena ada sekali:

Kalau dah pakai Nutriwhite ni memang jatuh cinta dan tak nak tukar lagi dah. Lihat sahajalah testimoni-testimoni di bawah ini.

Testimonial 1: Abah pun guna Nutriwhite Cleanser!

pencuci muka untuk lelaki

Nak cerita sikit macam mana Abah saya yang berumur 62 tahun ni suka sangat dengan pencuci muka Nutriwhite tu.

Masa berpantang Ainur tahun 2014 saya memang guna bilik air dalam bilik Abah. Senang sebab ada heater. Maka angkut la toiletries ke sana.

Satu hari tu Abah suruh orderkan pencuci muka tu sebab rasa bersih muka lepas cuci dia kata. Hilang daki dan kotoran hitam duduk lama di kebun. Abah saya ni memang sangat jaga penampilan, jangan tak tau. Sampai sekarang setia dengan pencuci muka nan satu tu je.

Lagi dia suka sebab pakai sikit je, tak payah picit banyak. Jimat. Berapa kali dah dia bising kalau cepat habis tu mesti adik-adik pakai dia punya bila diaorang punya habis. Hahaha

Saya pun sekarang bila balik rumah Abah kalau lupa bawa balik pencuci muka tak risau sangat. ‘Pinjam’ sikit Abah punya. Bertuah kan satu family pakai pencuci muka berasaskan bahan semulajadi ni?

Testimonial 2 : Kulit Remaja Lelaki Semakin Kurang Berminyak, Jerawat Surut Selepas 5 Hari Guna NutriWhite Cleanser

testimoni pencuci muka Nutriwhite

Sebelum ni ingatkan biasalah jerawat budak remaja, sekali tengok kulit jadi merah dan jerawat bernanah aktif.

Buang hari ni esok keluar lagi.

Teringat zaman sekolah..ngeri..~ gulp.

Lepas 2 hari tengok muka dia kesian sangat, Illa suruh dia stop dah pakai jenama X dan bagi dia pakai pencuci muka Illa yang dah lama sangat tak habis-habis ni.

Hari ni dah masuk hari ke-5..

  • muka dah kurang sensitif.
  • merah hilang
  • jerawat surut walaupun masih aktif tapi tak banyak.
  • Kulit dah tak terlalu oily macam sebelum ni.

Alhamdulillah, syukur apabila pengguna-pengguna ini mendapat kesan yang baik untuk kulitnya.

Siapa yang tak nak kulit muka lebih bersih, tidak berminyak dan lebih cerah cerah sekata? Jida pasti ramai yang nakkan? Cepat-cepat order sekarang, puas hati!!! Hubungi Jida di talian 013-6691930 untuk maklumat lanjut mengenai pencuci muka best ini.

Atau,

Untuk pembelian secara online, boleh juga klik sini ya!

order-now-esell

Terima Kasih

RUZIDAH

0136691930

(Visited 231 times, 21 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

7 thoughts on “Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!