Pengalaman Kerja Lepas Habis Degree

Lepas dapat degree, memang agak mencabar juga nak cari kerja. Dah hantar resume sana sini pun tak de yang panggil, malah dah dapat interview pun takde satu pun yang sangkut.

Jeles juga tengok kawan-kawan dah dapat kerja bagus-bagus, tapi diri sendiri masih tak de hala tuju.

Sambil-sambil mencari tu, kerja la juga di sebuah kedai hadiah kat KL dgn teman baik saya, Eina. Jadi salesgirl la kami dua orang kat kedai tu. Mula-mula, memang tak biasa dengan kerja begitu, lagi-lagi terpaksa berdiri je sepanjang hari. Tapi memikirkan survival hidup, kerja sajalah buat sementara. Mana boleh nak memilih sangat.

Hadiah

Makanya bermula episod gadis penjual di kedai hadiah. Hehe. Tugas-tugas kat kedai tu macam biasalah, kena susun barang, kemas stor dan layan pelanggan yang datang.

Kalau nak dapat duit lebih, kena lah rajin-rajin promote kad keahlian pada customer yang datang. Bagi satu keahlian baru yang berjaya di daftarkan, dapat lah RM1.

Bulan pertama memang saya tak de promote orang langsung supaya join member. Bulan kedua pun macam tu juga, saya malu nak approach orang jadi ahli, adalah dapat dua ke tiga orang. Tu pun sebab kawan yang pass. Tapi ntah macam mana masa bulan ketiga, tiba-tiba Jida teringin nak dapat duit extra sebab itu bulan terakhir Jida kerja di situ. Jida mula pasang target, at least dapat 50 member baru sebelum berhenti dari kedai tu. And, guess what, Jida berjaya approach 49 orang untuk register. Walaupun tak cukup lagi sorang, kira ok la tu kan. Hampir achieved target.

Nilai RM49 takdelah besar mana buat orang lain, tapi ia cukup bermakna pada saya masa tu. Sebab ia hasil usaha saya sendiri dan saya pun tak sangka saya ada skil memujuk orang…huahaha..???

Itulah kisah Jida malam ni..Bila refresh balik memori daun pisang ni, rupa-rupanya ada sesuatu yang boleh saya ambil pengajaran. Nak berjaya kena ada target dan usaha. Betul tak?

Nota kaki: Kalau ada adik-adik lepasan kolej atau universiti yang juga tengah struggle cari kerja tapi tak dapat-dapat lagi, doa-doa banyak-banyak. Insha Allah mungkin rezeki korang lambat sikit dari kawan-kawan yang lain. Sabar dan tawakal pada Allah.

Sambil-sambil tu apa kata korang buat bisnes Shaklee macam akak. Akak akan guide korang sebaiknya. Kalau malu nak call, just whatsapp je akak di 013-6691930. Insha Allah, akak akan bantu korang sebaiknya.

(Visited 140 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Pengalaman Kerja Lepas Habis Degree

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!