Penyakit Kencing Manis Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t

Semasa mengandung, ibu-ibu perlu menitik beratkan kesihatan diri ibu dan juga anak yang dikandung. Disebabkan itulah, sebaik sahaja anda tahu anda hamil, lakukan pemeriksaan kesihatan sedari awal. Sekiranya kita mempunyai masalah kesihatan semasa mengandung dapatlah kita mencegahnya sebelum ia memudaratkan diri dan kandungan. Antara penyakit yang selalu ibu hadapi semasa hamil adalah kencing manis(diebetes).

mengandung-kencing-manis-info

Diebetes adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Terdapat 3 jenis Diebetes iaitu diebetes Jenis 1,diebetes Jenis 2 dan diebetes semasa hamil dikenali sebagai gestational diabetes.

Siapa yang berisiko mendapat diebetes?

  1. Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan.
  2. Berlebihan berat badan.
  3. Mempunyai ibu bapa yang menghidap diebetes.
  4. Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4 kg.
  5. Berumur melebihi 35 tahun.
  6. Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat.
  7. Pernah menghidap diebetes semasa kehamilan lalu.
  8. Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air ketuban berlebihan) pada kandungan ini.
  9. Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan.

Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah (MGTT) sekiranya mempunyai salah satu risiko atau lebih faktor risiko.

Apakah tanda diabetes semasa hamil?
Tiada tanda diebetes pada peringkat awal kehamilan. Walau bagaimanapun, semua ibu hamil yang mempunyai faktor risiko akan menjalani ujian darah(MGTT) untuk mengesahkan penyakit diebetes.

Apakah kesan diebetes kepada ibu dan bayi jika tidak dirawat.

Kesan kepada ibu.
-Hyper/ hypoglycaemia (kandungan glukosa yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
Jangkitan vagina yang kerap.
-Keguguran
-Polihydramnios (air ketuban berlebihan)
– Paeklampsia (hipertensi teruk)
-Komplikasi diebetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.

Kesan kepada bayi
Berat bayi melebihi 4 kg
Mati dalam kandungan (IUD)
Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
Lemas semasa lahir
Kecederaan pada saraf dibahagian bahu.

Apakah yang perlu dilakukan
Jika mommy menghidap diebetes sebelum hamil, mommy perlu:-

  1. Dapatkan kaunseling pra kehamilan. Berbincanglah dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan.
  2. Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap yang normal.
  3. Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapatkan pemeriksaan awal kehamilan.

Semasa hamil, puan perlu:-

Penjagaan selepas bersalin:-

Mommy perlulah mengambil langkah penjagaan berikut:-

  1. Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif
  2. Menyusu bayi dengan susu ibu.
  3. Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin.
  4. Mengamalkan pemakanan seimbang
  5. Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan
  6. Meneruskan suntikan insulin jika perlu.
  7. Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukosa yang berlebihan atau berkurangan

Diharapkan dengan info ini, mommies semua dapat sedikit maklumat mengenai kencing manis semasa hamil dan menggunakan panduan yang disediakan sekiranya diperlukan.

Terima Kasih kerana membaca.

(Visited 879 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!