Perbezaan ESP Shaklee dengan Produk Soya Yang Lain

Bila sebut tentang soya, ramai yang tahu akan kebaikannya. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Walaupun begitu, anda juga harus bijak memilih produk soya yang terbaik untuk diamalkan sebagai supplemen tambahan.

Apa yang membezakan ESP Shaklee dengan produk soya yang lain?

1- ESP melalui Kajian Klinikal Saintis Dunia

Sama seperti produk-produk Shaklee yang lain, ESP berasaskan kajian saintifik dan juga melalui ujikaji klinikal bagi menguji keberkesanannya.

Malah, kajian-kajian ini bukan setakat dijalankan oleh saintis Shaklee sahaja, tetapi juga oleh saintis diluar Shaklee (pihak ke-3). Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, Shaklee je yang berani mintak pihak ke-3 buat kajian ke atas unsur yang Shaklee gunakan dalam produk-produknya.

Sebab itulah ESP terbukti berkesan kepada pengguna. Dan, sudah terlalu banyak testimoni positif daripada pengguna ESP setakat ini.

kajian klinikal shaklee
Antara senarai Kajian yang dilakukan Saintis Sedunia

2- ESP Satu-satunya produk yang ada semua 9-acid amino yang penting.

Badan kita perlukan protein untuk pembinaan sel yang sihat. Ini kerana, pembinaan sel yang tak sihat boleh mengakibatkan macam-macam kanser kepada tubuh badan.

Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino;

(1) 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid dan dihasilkan oleh badan kita
(2) 9 lagi dinamakan essential amino acid dan HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan sendiri protein-protein ini)

Semua 9 nama essential acid amino ni anda boleh tengok pada tin ESP.

Dalam pasaran dunia, takde satu produk pun yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni; KECUALI ESP. Sampai sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi SEMUA essential amino acid ni.

3- ESP Diproses pada suhu yang rendah agar protein tidak rosak

Dalam 100g daging yg kita makan, mungkin cuma ada 10g saja kandungan protin yg ada. Selebihnya “hampas”.

Kenapa hampas?

Sebab makanan yang kaya protein sekalipun akan hilang kandungan protin apabila dimasak. Ini kerana, protin akan musnah dalam suhu yg tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak. Sifat protein adalah tak tahan pada suhu yang tinggi (seperti suhu memasak).

Aktiviti memasak merosakkan lebih 50% dari protein asal, dan juga menjadikan ia sukar diserap oleh tubuh badan.

Dan kalau masih ada pun sisa baki protein dalam masakan, strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar dihadam & diserap oleh badan. Sebab tu dah banyak makan ikan, ayam, daging pun masih terdedah kepada risiko tak cukup protein dalam badan.

Akibatnya, pelbagai masalah kesihatan terjadi seperti alergi, arthritis, leaky gut dan penyakit auto imun.

Tapi, protein dalam ESP tak musnah. Kerana ia diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protein di dalamnya kekal berkualiti dan kekal berkesan pada tubuh.

4- ESP diperbuat daripada sumber kacang soya Non-GMO

Zaman sekarang banyak tanaman yang dah di ubahsuai secara ginetik. Contoh paling mudah, kita kacuk bunga biar nampak lagi cantik atau buah supaya lagi sedap dan besar.

Kenapa mereka mengubahsuai?

  • Mendapatkan hasil yang lebih cepat.
  • Memanjangkan jangka hayat (tidak mudah rosak).
  • Mengurangkan risiko dijangkiti penyakit & serangan makhluk perosak.
  • Lebih besar daripada biasa.

Pendek kata, agar petani dapat lebih banyak untung.

Antara produk popular yang dah diubahsuai secara ginetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai & anggur yang takde biji.

gmo difference
Credit picture : AskCoachKim.com

Begitu juga soya. Produk-produk lain di pasaran banyak dah diubah secara ginetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit, supaya hasilnya lebih banyak dan sedap di makan.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi dah; struktur berbeza, dah terdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser dan sebagainya.

Tapi ESP dibuat daripada soya bukan GMO ( soya asli). Setiap satu tin ESP diproses drpd 30kg soya.

5 – Kandungan Glisemik Indeks dalam ESP adalah rendah.

ESP adalah merupakan salah satu diantara contoh makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Maksudnya ia ditukar kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus.

Perasan tak, kalau kita sarapan roti canai atau nasi lemak banyak-banyak sekalipun, lepas 2-3 jam dah lapar balik dah. Sebabnya, roti canai dan nasi lemak ni tinggi indeks Glisemik (GI). Cepat kenyang tapi pun cepat lapar sebab tenaga ditukar sekaligus. Makanan tinggi GI macam ni juga tak bagus untuk pesakit kencing manis, sebab ia buat kandungan gula dalam badan mereka tak stabil.

Tapi ESP ni low GI. Kalau makan pagi-pagi tu kadang tengah hari pun masih rasa kenyang lagi. Bila kita masih rasa kenyang, kurang lah rasa asyik nak makan je tuh. Bila boleh kurangkan kalori, ia bantu kita kuruskan badan. Best ke tak ?

Juga sebab ESP ni rendah GI, ia bagus untuk pesakit diabetes atau kencing manis. ESP membantu stabilkan paras gula dalam badan mereka.

6 – ESP Tiada Kolestrol, Tiada Asid Urik & Sangat Mudah di Serap Oleh Badan

ESP memang TIADA kolestrol sebab ia dihasilkan daripada tanaman. Pesakit darah tinggi ke kencing manis ke takde masalah nak makan dan amalkan ESP.

ESP juga tiada asid urik, sebab asid urik ni hanya datang daripada badan, bukan makanan. Jadi, pesakit gout pun boleh guna ESP.

Dan sebab ESP adalah produk semulajadi, ia sangat mudah dihadam dan diserap oleh badan. Jadi, badan kita pun boleh dapat kebaikan protein daripadanya sebanyak dan secepat mungkin.

Bagi yang dah pernah minum, memang akan jatuh cinta dengan khasiat dan kelebihannya. Yang mana belum cuba, jangan risau, anda boleh dapatkannya dari Jida sekarang.

esp shaklee kelebihan

Dan. jika anda ingin menghadiahkan sebekas ESP untuk ibu bapa anda dan menjadikan hari-hari tua mereka lebih bermakna,  hubungilah Jida di talian 013-6691930. Jangan tunggu-tunggu lagi. ESP  ni hot item dan kadang-kadang boleh ‘licin’ di seluruh branch.

Untuk pembelian secara online, boleh klik sini ya!

Order-Sekarang-300x63

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 197 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Perbezaan ESP Shaklee dengan Produk Soya Yang Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!