Perlu Ke Berpantang Selepas Bersalin?

Nak berpantang atau tidak adalah bergantung pada individu. Lagi-lagi, di dalam masyarakat yang makin moden ini, ada sesetengah golongan ibu yang mahu melahirkan anak tidak mahu lagi mengikuti proses berpantang seperti mana ibu atau nenek mereka lakukan suatu masa dahulu.

Alasannya, nak berpantang ni leceh dan merimaskan. Banyak pula benda yang tak boleh buat dan tak boleh makan. ‘Tengok negara Barat tu, wanita baru bersalin. Ok je tak pantang’. Oh my..dah disamakan dengan rakyat omputih pulak!.

Takpelah dik, Jida senaraikan je apa sebenarnya keperluan berpantang ni. Tapi ni cara Jida lah. Mungkin tak lah fully tradisional, tapi harap-harapnya dapatlah memberi panduan pada ibu-ibu yang nak berpantang.

Perlu ke Berpantang ?

Berpantang adalah satu tempoh pemulihan selepas bersalin bagi seseorang ibu demi mengekalkan kesihatan luar dan dalam. Tak kira anda bersalin secara normal atau operation, anda digalakkan untuk berpantang secukupnya.

Ada yang memilih untuk berpantang selama 44 hari, ada juga yang berpantang sampai 100 hari. Bilangan hari juga sebenarnya bergantung kepada kesesuaian dan keperluan ibu yang baru bersalin.

Pantang Larang Ibu dalam Pantang

Pantang Larang MAKANAN

Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut :-

1- Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang , sotong, ayam dan lain-lain.

2- Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.

3- Makanan yang tajam seperti nenas, air tebu dan sebagainya.

4- Makanan yang berangin seperti nangka, pulut , petai, ubi kayu dan sebagainya.

5- Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

6- Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas seperti kembung perut, cirit birit dan sebagainya.

Pantang Larang LAIN

Selain daripada makanan terdapat pantang larang yang berkaitan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini diadakan untuk kebaikan ibu itu sendiri.

1- Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur.

2- Jangan mengangkat benda -benda berat kerana ia boleh memudaratkan ibu.

3- Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke ke kepala dan boleh menjejaskan kesihatan ibu.

4- Pastikan selalu pakai sarung kaki untuk mengelakkan kaki dan tubuh tidak masuk angin. Kalau angin dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.

Artikel Berkaitan : 5 Petua Buang Angin Dalam Badan.

5- Jangan terlalu aktif. Terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.

Sebaik melahirkan, bermulalah tempoh berpantang seorang ibu.

6- Jangan sesekali duduk mencangkung kerana dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

7- Rapatkan kaki semasa tidur adalah satu cara penyembuhan bahagian peranakan. Jangan sesekali tidur mengangkang.

Memang tidak dapat dinafikan, tempoh berpantang adalah sangat menguji kesabaran seseorang ibu. Ada macam-macam perasaan bila kena berehat je dirumah dan kena pantang itu ini.

Jemput baca artikel ini juga >>> Kenapa Ibu Berpantang Tidak Boleh Keluar Rumah Sesuka Hati.

Harapan Jida setelah anda membaca entri ini, ada info yang boleh anda manfaatkan sepanjang berpantang nanti. Dengan itu, Jida ucapkan Selamat Berpantang khasnya pada pembaca blog Jida yang bakal berpantang nanti.

Dan, jangan lupa amalkan juga Set Vitamin Untuk Ibu Berpantang Agar Lekas Baik Dan Bertenaga? Belum ada lagi? Haa..cepat-cepat hubungi Jida sekarang di talian 013-6691930. Konsultasi ekskusif akan diberikan hanya untuk pelanggan yang membeli daripada Jida.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 21 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!