Perlukah Wanita Hamil Makan untuk Dua Orang

Assalamualaikum w.b.t

Tentu ibu-ibu pernah dengarkan ayat seperti ‘ wanita hamil perlu makan untuk dua orang’. Betul ke macam tu? Menurut pakar penyelidik dan pakar pemakanan antarabangsa , fakta itu adalah tidak benar sama sekali. Strictly No!

hamil-berat-berlebihan

Risiko Obesiti sewaktu Hamil

Obesiti atau mengalami masalah berat badan yang berlebihan boleh menimbulkan komplikasi kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungannya. Komplikasi ini boleh timbul sewaktu si ibu sedang melalui proses kehamilan , sewaktu melahirkan atau selepas proses kelahiran tersebut.

Lebih membimbangkan lagi apabila masalah obesiti di kalangan wanita hamil ini boleh meningkatkan risiko kematian bayi di dalam perut atau selepas dilahirkan sebanyak dua kali ganda. Risikonya meningkat seiring dengan peningkatan berat badan si ibu.

Selain itu, wanita yang mengalami masalah obesiti sewaktu kehamilan ini juga cenderung berhadapan dengan risiko ‘Venous Thromboembolism‘ (VTE) iaitu keadaan yang boleh mengakibatkan pembekuan darah dan boleh membawa maut. Malah, ibu juga cenderung berhadapan dengan masalah gestational diabetes dan masalah tekanan darah tinggi berbanding wanita hamil yang tidak obes.

Kadar kelahiran secara pembedahan juga lebih tinggi di kalangan ibu obes dan ini seterusnya menyukarkan pemberian susu ibu kepada bayi yang baru dilahirkan.

Ibu-ibu perlu peka dengan berat badan.

Bagi menangani masalah ini, ibu hamil disarankan agar kerap menimbang berat badan mereka dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantauan. seorang ibu hamil wajar mencatatkan peningkatan berat badannya secara rutin khususnya  sewaktu menjalani pemeriksaan antenatal bersama bidan, doktor atau pakar sakit puan. Kesedaran ini harus dipupuk sejak dari awal kehamilan lagi memandangkan risikonya yang amat tinggi kepada si ibu dan juga kandungannya.

Makan untuk dua orang?

Menurut penyelidik dan pakar pemakanan antarabangsa, fakta itu adalah tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, mitos itu terus hebat diperkatakan sehingga ke hari ini. Idea yang menegaskan para ibu perlu makan lebih banyak daripada biasa tercetus di sebabkan kononnya si ibu perlu memberi khasiat yang secukupnya  dalam membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya ibu hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang demi kebaikan bersama.

Kehamilan boleh dijadikan sebagai salah satu peluang untuk memperbaiki diet anda. Lebih-lebih lagi jika anda jarang mengamalkan diet sihat sebelum kehamilan. kebanyakan perokok wanita akan berhenti merokok sebaik sahaja mengetahui diri hamil, begitu juga dengan pengambilan alkohol bagi wanita bukan Islam. Jadi, mengapa tidak mengambil langkah sama dalam diet dan senaman harian?

Kebanyakan wanita menjadi lebih peka tentang kesihatan mereka sewaktu mereka hamil kerana mereka sedar risiko yang bakal terjadi kepada bayi yang dikandung. Jadikanlah masa mengandung ini sebagai motivasi untuk memulakan perubahan yang lebih sihat terhadap diet harian anda. OK?

Semoga Info ini bemanfaat untuk anda dan kongsi-kongsikanlah kepada kawan-kawan diluar sana mengenai artikel. Sekiranya anda ada sebarang komen, jangan lupa tinggalkan komen anda diruangan komen diatas. Terima Kasih.

P/S : Klik Sini sekiranya ibu tengah mencari suplemen untuk ibu hamil atau Klik Sini untuk set suplemen semasa dalam pantang.

(Visited 535 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!