Persediaan bekerja selepas berpantang

Tinggal beberapa hari lagi sebelum saya mula kembali bekerja. Dek kerana hampir dua bulan bercuti, ibu-ibu yang berpantang macam saya ni perlulah bersedia fizikal dan mental untuk kembali bekerja. Ada yang dapat bercuti dan berehat sehingga tiga bulan, ada juga yang seperti saya, dapat memohon cuti bergaji dua bulan sahaja. Itu semua bergantung kepada syarikat masing-masing. Apa-apa pun, sepanjang tempoh bercuti itu, selain daripada merehatkan diri daripada sebarang aktiviti berat, ibu-ibu juga perlu bersedia untuk menghadapi hari kembali bekerja.

Perkara pertama yang saya cari sebelum bersalin adalah pengasuh/babysitter. Walaupun bayinya belum keluar, pengasuhnya haruslah dicari. Tidaklah nanti bila dah habis maternity leave,baru sibuk-sibuk nak cari pengasuh.  Huru hara jadinya nanti. Karang mak baby pulak yang kena berhenti kerja.Seminggu atau dua minggu sebelum mula bekerja, jumpalah pengasuh yang sudah di’cop’ itu untuk mempastikan lagi sekali samaada dia boleh menjaga anak kita atau tidak. Manalah tau, dia ada masalah atau berubah  fikiran, sempat lah kita mencari pengasuh lain.

Kedua, untuk ibu-ibu yang ingin memberi susu ibu secara ekslusif kepada anak haruslah menyediakan keperluan untuk ibu mengepam susu ibu. Terdapat pelbagai jenama alat untuk pam susu ibu yang banyak dijual di kedai. Ada yang manual dan ada juga yang elektrik. Malah yang pakai bateri pun ada. Silalah meng’google’ yang mana terbaik untuk anda. Masa Dalili lahir bulan lepas, saya beli pam manual Pureen. Okaylah, tak mahal sangat. Tapi saya juga pinjam kakak punya pam elektrik. Hehe, siap dia bagi dengan bekas untuk simpan susu lagi. Jimat duit saya. Haha.

Yang lain-lain, keperluan diri sendiri dan juga bayi untuk ditinggalkan nanti di rumah pengasuh seperti pampers, baju, botol susu dan lain-lain. Kalau pengasuh tak ada pengalaman untuk mengendalikan susu ibu yang kita bekalkan kepada anak, maka kita kenalah beritahu dia siap-siap apa yang perlu dilakukan. Untuk persediaan mental pula, janganlah asyik teringatkan anak semasa kerja, sesekali bolehlah kalau kita nak bertanya khabar anak daripada pengasuh tapi janganlah sampai pengasuh pulak stress sebab kita asyik menelefon je. Hehe.

OK lah, itu lah sahaja daripada saya untuk kali ini. Wasalam.

 

(Visited 91 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!