Persiapan Anak Pertama Ke Tahun Satu (2017)

Hari ni sudah hari ketiga cuti sekolah. Bulan ni inshaallah, bolehlah sikit cari keperluan anak pertama Jida untuk memasuki Sekolah Rendah ( Tahun 1)

Beg sekolah

Berikut adalah Senarai Ringkas Persediaan Ke Darjah 1 sekiranya anda juga ingin jadikan sebagai rujukan.

1- Uniform

  • Baju Putih
  • Seluar Biru/Kain Biru
  • Tudung Putih
  • Kasut Putih
  • Stokin Putih

2- Alat Tulis

  • Pensel
  • Pemadam
  • Pembaris
  • Pensel Warna
  • Pengasah Pensel

3- Lain-lain

  • Beg Sekolah
  • Kotak Pensel
  • Botol Air
  • Bekas Makanan

Ini cuma senarai ringkas. Lain sekolah mungkin lain pula keperluannya. Bagi Jida yang penting untuk beli baru adalah seragam sekolahnya. Kebanyakkan keperluan lain seperti beg, kasut dan alat tulis masih lagi elok. Jadi bagi Jida, tidak perlulah dibeli baru kan? Nampak sangat mama Dayana ni ‘kedekut’ kan orangnya? Hehe..

Teringat dulu-dulu kisah kali pertama Jida di Tahun 1. Abanf yang sulung hantarkan ke sekolah. Lepas bayar yuran, terus ditinggalkan je Jida di kelas. Pandai-pandailah bawa diri.

Begitu jugalah harapan Jida pada Dayana. Agar dia gembira bersekolah di Darjah 1 nanti. Walaupun mungkin suasana dan kawan semua baru, mama doakan kakak cepat serasi di sekolah.

Dayana
Tahun depan darjah 1 dah..Yeayy..

Ok, jom shopping baju sekolah anak pula. Jangan suka cari barang last minute, nanti tak ada saiz yang diingini pula.

(Visited 272 times, 11 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Persiapan Anak Pertama Ke Tahun Satu (2017)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!