Info Penting!! Masuk sahaja bulan ke tujuh kehamilan, maka adalah harus ibu-ibu melakukan persiapan ke hospital. Maknanya siap meletakkan barang-barang ibu dan bayi dalam beg. Jangan jadi seperti diriku yang masih belum sedar-sedar lagi, sudah 33 minggu tapi barang yang ada dalam beg cuma kain bedung bayi je. Hehe..Maka haruslah saya dengan ini mengambil tindakan segera dengan menyediakan barang-barang yang seperti berikut :-
Paling penting :
1. Buku merah/ pink check up bulanan
2. Kad Pengenalan
Untuk ibu dan baby dalam labour room
1. Baju Baby lengan panjang – 1
2. Mitten dan booties – 1
3. Pampers (NewBorn size) – at least 1 pcs
4. Barut – 1
5. Bedung – 1
6. Stokin Ibu – 1
7. Towel kecil – 1
8. Sapu tangan kecil -1
9. Surah dan doa-doa memudahkan bersalin. Print dan kelipkan sekali.
10. Kurma
11. Air selusuh
12. Air zam-zam
13. Hand phone
Untuk baby kat wad :
1. Pampers newborn (sepeket).
2. Baju siang – 4
3. Baju malam – 4
4. Towel mandi -1
5. Sapu tangan – 3
6. Mitten n booties – 4
7. Barut – 4
8. Bedung – 3
9. Topi – 2
10. Set mandian bayi (pek kecil).
11. Wet wipe dan rubber sheet.
12. Bantal bayi
Untuk ibu di dalam wad:
1. T-shirt lengan pendek -4
2. Cardigan -1
3. Sweater – 1
4. Stoking – 2
5. Kain batik – 3
6. Nursing bra – 2
7. Maternity pad
8. Towel mandi.
9. Selipar
10. Toileterries
11. Tisu
12. Tudung – 2
Makanan dan minuman : letak dalam bakul siap-siap
1. Air minuman – 1 botol mineral besar
2. Biskut
3. Nestum
4. Termos
5. Tisu
6. Cawan dan sudu
7. Milo 3 in 1
8. Roti
Lain-lain
1. Powerbank/ charger
2. Majalah
3. Plastik untuk mengisi baju kotor
4. Apa- apa yang difikirkan perlu.
Semoga Bermanfaat