Pertumbuhan dan Perkembangan Bayi Yang Sihat di Bulan-Bulan Awal Kelahiran

Tidak dinafikan ibu-ibu baru selalu tertanya-tanya samaada perkembangan si kecil yang baru mereka lahirkan adakah mengikut pertumbuhan yang betul? Pertumbuhan dan perkembangan pesat berlaku pada 4 bulan pertama selepas kelahiran seorang bayi.

perkembangan bayiFIZIKAL

Dari segi fizikal, tulang dan otot-ototnya menjadi bertambah kuat membolehkan dia memegang sesuatu dan menggerakkan badannya. Dia perlahan-lahan dapat mengampu dada dan kepalanya. Kawalan kepala dan belakang paling awal dapat dilakukannya. Bila berbaring, dia bermain dengan tangannya. Bila diberi mainan, dia akan memegangnya, memerhati dan menggoncangnya.

DERIA PENGLIHATAN

  1. Bila lahir bayi hanya mampu melihat pada jarak yang dekat iaitu diantara 8-10 inci.
  2. Bayi suka pada muka manusia, corak yang garang dan berwarna-warni.
  3. Bila bayi memerhati sesuatu, dia akan melihat objek tersebut dengan penuh minat.

PERKEMBANGAN BAYI

Bila dia berumur 8 minggu, dia boleh melihat dan membalas dengan senyuman. Bila dia berumur 3 bulan, bayi boleh memalingkan kepalanya dan melihat sekeliling.

Tangan yang mula-mula digenggam rapat, perlahan-lahan akan terbuka, jarinya berupaya digerakkan dan dia boleh membawa tangannya ke hadapan matanya sendiri untuk dilihat. Lama-kelamaan dia akan mencapai benda-benda yang diletakkan berdekatan dengannya, kemudian mengambil dan membawanya ke mulut.

KOMUNIKASI

  1. Isyarat perhubungan pertama bayi adalah menangis. Lama kelamaan, cara dia menangis akan anda kenali dan anda akan mengetahui kehendaknya ketika itu.
  2. Selain daripada menangis, raut muka bayi juga berubah-ubah, adakalanya tenang, tersenyum dan merah padam dan adakalanya berkerut bila sesuatu tidak kena. Anda perlu peka dengan isyarat-isyarat bukan lisan bayi pada ketika itu.

DERIA PENDENGARAN

Bayi berupaya mendengar sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Anda akan merasa pergerakkannya bertambah bila ada bunyi kuat berhampiran dengan anda. Setelah dilahirkan, bayi anda juga akan mudah terkejut dengan bunyi kuat. Cuba perhatikan apabila dia tengah menyusu dan mendengar bunyi sesuatu, pergerakan menyusunya akan berubah dan terhenti. Ini bermakna fungsi pendengaran adalah dalam keadaan yang normal

Setiap bayi tidak mempunyai jangka masa perkembangan yang sama. Akan tetapi sekiranya anda merasa ragu dengan perkembangan sikecil, cepat-cepatlah bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa beri pendapat anda di ruangan komen ya! Terima Kasih.

Sekiranya anda sedang mencari cara untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu, anda boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

(Visited 1,937 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!