Petua Bagi Mengelakkan Kaki Berbau

Anda mungkin tidak menyedari bila anda ada masalah kaki berbau. Ini kerana hidung anda sudah sebati dengan baunya. Tetapi bila ada orang berdekatan anda menutup hidung apabila anda membuka kasut, itu mungkin petanda anda mempunyai masalah bau kaki yang busuk.

bau busuk

Cara yang terbaik untuk elak daripada kaki berbau ialah dengan memastikan kaki kita sentiasa kering. Keringkan kaki terutama sekali di celahan jari kaki kerana di situlah tempat bakteria selalu membiak serta meninggalkan bau yang busuk.

Jika perlu, tukar stokin yang bersih setiap hari. Bila kita selalu memakai stokin yang sama, ia juga boleh menjadi punca kaki kita berbau.

Jagalah juga kebersihan kaki dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik.
Anda boleh mendapatkan krim untuk kaki atau suplemen untuk kulit sekiranya anda mempunyai sebarang masalah di kulit kaki.

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk mengamalkan petua-petua seperti dibawah ini untuk menghilangkan masalah bau kaki.

Petua Untuk Menghilangkan Bau Kaki

petua mengatasi masalah bau kaki

1. Teh

Teh mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Rendamlah kaki dalam besen yang telah diisi air suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit.

2. Garam 

Selain teh, boleh gunakan garam dengan cara yang sama. Ambil satu besen besar dan isikan air suam. Gunakan setengah atau secawan garam dan masukkan ke dalam besen. Rendamkan kaki selama lebih kurang 20 minit.

Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki dan secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.

3. Cuka

Cuka juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kaki. Campur 1 bahagian cuka dan dua bahagian air dalam satu bekas. Kemudian, rendamkan kaki selama 20 minit.

4. Serbuk Kopi

Bungkus serbuk kopi dengan kain bersih. Kemudian masukkan uncang kopi tersebut ke dalam kasut untuk semalaman agar ia dapat menyerap bau busuk tersebut.

Sekiranya bau kaki anda tidak juga hilang, cara terbaik berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan. Mungkin doktor akan memberikan anda antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.

Di harapkan dengan perkongsian entri kali ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang dialami. Selamat Mencuba.

(Visited 428 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “Petua Bagi Mengelakkan Kaki Berbau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!