Puding Milo Oreo – Menu Sampingan Waktu Berbuka

Dah lama sebenarnya tak buat puding milo oreo. Resepi pun dah lupa, tapi alhamdulillah dengan bantuan encik Facebook, berjaya jua dapatkan satu resepi mudah yang menggunakan enam bahan ni je.

Resepi Puding Milo Oreo

  •  Agar-agar tali (sebungkus)
  •  1 tin susu cair (400ml)
  •  Satu bungkus oreo (patah dua, krim putih Jida tak guna)
  • 750ml air
  • 1 1/2 cawan gula (secawan setengah)
  • 1 cawan milo

Cara-cara penyediaan

1- Masakkan agar-agar bertali bersama air di dalam periuk.

2- Kacau agar-agar tersebut sehingga betul-betul hancur. Ingat tau, pastikan hancur semua baru baru go to the next step.

3- Masukkan gula. Kacau.

4- Masukkan susu cair. Kacau. Dah sebati, tutup api.

5- Bahagikan adunan pada dua bekas, satu bekas tidak dicampur dengan apa-apa, satu bekas lagi di campur dengan milo dan dikacau hingga sebati.

6. Sediakan loyang atau bekas yang bersesuaian untuk masukkan puding.

7- Masukkan separuh dari adunan milo ke dalam loyang. Tunggu sejuk.

8- Masukkan adunan putih semuanya. Susun biskut oreo di atas lapisan putih. Tunggu sejuk lagi.

9- Masukkan adunan koko sehingga habis. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan puding bila dah betul-betul sejuk.

puding milo oreo

Siap! Senang je kan. Apalagi bila di makan sejuk-sejuk. Enjoy sangat. Anda pun cuba lah puding Milo Oreo ni. Semoga anda juga akan menyukainya. Insha Allah.

(Visited 86 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Puding Milo Oreo – Menu Sampingan Waktu Berbuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!