Punca Penyakit Kayap Dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan

Pernahkah anda tahu mengenai penyakit Kayap? Penyakit kayap atau dalam bahasa Inggerisnya ‘shingles’ adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus dikenali sebagai Virus Varicella Zoster (VZV) .

Kayap bukannya jangkitan tapi sebenarnya adalah pengaktifan semula virus berkenaan dalam badan. Ia ada dalam badan kita waktu kecil dulu bila kita kena chicken pox. Tapi virus itu tak hilang. Dia sembunyi dalam badan kita, macam main sorok-sorok. Bila imunisasi badan lemah, maka dia pun terus keluar dan serang sistem saraf kita.

Kayap

Petanda awal serangan Kayap ni bermula dengan sakit, panas dan kebas-kebas di bahagian urat saraf yang terlibat diikuti dengan demam, sakit kepala dan keletihan. Keadaan ini akan berlarutan dalam 3 hingga 5 hari.

Dalam 1 hingga 2 hari akan timbul tompok-tompok kemerah-merahan pada urat saraf yang terlibat dan dalam beberapa hari timbul gelembung-gelembung air kecil berwarna kuning. Gelembung-gelembung itu akan menjadi kering dan akhirnya akan jatuh dengan sendirinya dalam beberapa hari sehingga ke minggu bergantung kepada sistem imun badan.

Kayap boleh bertambah teruk jika terdapat jangkitan kuman atau merebak ke bahagian lain. Ini terjadi sekiranya sistem imun pesakit terlalu lemah dan menyebabkan kayap sukar untuk sembuh.

Sekiranya kayap menyerang bahagian muka pula, ia boleh menyebabkan komplikasi kepada mata yang boleh menyebabkan buta dan facial palsy (paralisis di bahagian otot-otot muka). Ada juga kes kayap yang boleh menyebabkan karadangan organ dalaman termasuk jantung, otak, paru-paru dan usus.

Masa Jida kecil-kecil dulu, arwah nenek pernah memberitahu yang kayap ni ada bermacam jenis. Dan yang paling merbahaya sekali adalah kayap ular. Katanya kayap ular ni sejenis kayap yang merebak secara menjalar atau melilit. Bila kayapnya dah habis menjalar sekeliling, mautlah menanti. Wah, takut betul bila dengar cerita nenek waktu itu.

Rawatan Kayap Menggunakan Supplemen Semulajadi Yang Selamat

Rawatan menggunakan supplemen semulajadi ini adalah usaha untuk menyembuhkan penyakit ini dan menghalangnya dari menyerang semula dalam jangka masa panjang.

Dalam Shaklee, suplemen yang boleh membantu untuk tujuan ini adalah Nutriferon, Vita-C Sr dan garlic. Jom lihat kelebihan dan manfaatnya secara ringkas.

1- Nutriferon

ramuan-nutriferon-shaklee

NutriFeron meningkatkan INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus memperkuat sistem imunisasi tubuh. Bila kita ada perisai yang kuat, sukarlah virus tersebut terus menyeramg tubuh kita. Klik NUTRIFERON untuk maklumat lanjut.

2. Vita-C SR Shaklee (Vitamin C)

Vitamin C Shaklee

Vitamin C secara umumnya dikenali sebagai vitamin pelbagai fungsi dan sangat penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain itu, Vitamin C juga sangat penting dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Jadi selain tingkatkan sistem imun, Vitamin C dapat bantu supaya gelembung-gelembung air itu mengering dan sembuh dengan lebih cepat.

3. Garlic

garlic

Sebiji garlic Shaklee mengandungi segugus bawang putih. Seperti yang kita tahu, bawang putih secara semulajadi bertindak sebagai antibiotik. Pesakit kayap memerlukan antivirus dan antibiotik untuk kembali pulih. Garlic membantu dalam membekalkan antibiotik yang semulajadi kepada pesakit kayap.

Di bawah ini adalah merupakan testimoni pengguna yang pernah menghidap kayap. Mereka telah berkongsi dengan kita pengalaman mereka dan apa yang mereka buat untuk mengatasinya. Jemput baca disini ya.

Testimoni 1 : Selepas Seminggu, Kayap Kering.

Testimoni kayap nutriferon

Aritu anak yang sulung kena kayap. Bawa pergi klinik tapi doktor cakap untuk kanak-kanak tiada ubat oral, hanya boleh bagi ubat sapu. Pergi 3 buah klinik semua doktor cakap yang sama, tiada ubat oral. Tapi doktor suggest suruh bagi suplement yang boleh boost kan imun dia sebab virus herpes ni akan menyerang bila sistem imun rendah.Terus teringat nutriferon. Saya bagi nutriferon tambah sekali vitalea for children, chewable vita c dan mealshakes. Alhamdulillah seminggu lepas tu terus kering kayap dia tu.

Apabila dilanda kayap, pedihnya hanya yang alaminya yang fahami. Kalau boleh, nak terus hilang hari ini jugak kan. Cadangan saya, 3 jenis suplimen di atas (Nutriferon, Vita-C SR dan Garlic) membantu menampung keperluan antara satu sama lain bagi memastikan pesakit kayap kembali pulih.

Sekiranya anda masih lagi ragu- ragu dan ingin mengetahui lebih lanjut, jangan segan-segan untuk menghubungi Jida segera di talian 0136691930.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua

Pengedar Vitamin Anda
Ruzidah Abdullah (SID : 933174)
013-6691930

(Visited 587 times, 23 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!