Punca-Punca Berlakunya Keguguran Berulang Dan Ikhtiar Yang Boleh Di Ambil Untuk Mengatasinya.

Keguguran secara berulangkali dan berturutan sangat memberi impak pada insan yang bergelar wanita. Tidak kira dari segi emosi atau fizikal, keguguran boleh menyebabkan seseorang wanita yang berusaha untuk mendapatkan zuriat merasa tertekan dan seterusnya boleh juga menjejaskan kesihatan diri.

keguguran miscarriage

Apakah penyebab berlaku keguguran berulang kali?

Antara punca berlakunya keguguran mungkin disebabkan oleh :-

1) Embrio tidak berkembang seperti sepatutnya.

Biasanya punca berlaku kerana masalah pada kromosom. Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi bayinya mempunyai kecacatan kromosom. Jika janin tidak cukup kromosom iaitu 23 kromosom dari ibu dan 23 kromoson dari bapa, keabnormalan kromosom ni akan menghalang bayi dari berkembang, maka ia akan gugur. Menurut kajian, wanita berusia umur 30 tahun, risiko mengalami keguguran ialah satu dalam lima, manakala pada usia 42 tahun, risikonya ialah satu dalam dua.

2) Rahim yang bermasalah.

Antara masalah rahim yang boleh menyebabkan keguguran adalah Bicornuate Uterus atau Uterine Septum. Pangkal rahim terbuka juga menyebabkan janin boleh gugur dengan senang. ia terjadi disebabkan oleh pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence”, biasanya keguguran kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh tekanan dalam rahim kerana janin yang semakin membesar. Ketumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi penyebab keguguran.

3) Hormon yang tidak seimbang.

Ovulasi tidak teratur biasanya dikaitkan dengan masalah PCOS. Pengidap PCOS akan menjadi kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Kehamilan akan terganggu kerana gangguan pada hormon progesteron dan hormon LH pada pengidap PCOS.

4) Darah beku.

Perjalanan darah yang tidak normal di dalam rahim boleh menyebabkan janin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya untuk berkembang, akibatnya janin mungkin akan mati dan gugur. Kejadian darah beku ini selalunya disebabkan oleh antibodi phospholipid yang banyak di dalam darah.

Sindrom darah pekat atau sindrom antifosfolipid (antiphospholipid syndrome – APS) yang menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah, juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. APS juga dikenali sebagai sindrom Hughes, dan ia boleh hadir sebagai satu masalah tersendiri atau sebagai masalah yang seiring dengan penyakit lupus. APS boleh dirawat.

5) Tahap Kesihatan

Jika anda mempunyai masalah kesihatan, penting bagi anda mendapatkan penjagaan yang betul. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai penyakit seperti diabetes atau bermasalah tiroid, mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
Jangkitan juga boleh menyebabkan keguguran jika anda menerimanya semasa hamil. Ini termasuk listeriosis dan toxoplasmosis. Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries juga dikaitkan dengan keguguran lewat kehamilan.

6) Gaya hidup

Fakta menunjukkan bahawa mereka yang merokok, banyak meminum minuman keras dan mengambil kokain mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. Terlalu banyak mengambil kafein juga boleh meningkatkan risiko keguguran. Jumlah pengambilan kafein yang selamat ialah 200mcg (dua cawan besar kopi) sehari.

Pastikan anda elakkan sebarang bentuk sukan berimpak tinggi yang boleh menyebabkan anda terjatuh atau perut anda terhentak.

Ikhtiar Dengan Pengambilan Nutrisi Yang Mencukupi Untuk Mendapatkan Zuriat Dan Mengelakkan Berlakunya Keguguran.

Beberapa hari lepas, sedang Jida bersama anak-anak, aplikasi whatsapp Jida berbunyi. Tertera teks berupa salam dan pengenalan diri. Setelah dibalas, encik tersebut menceritakan tujuannya menghubungi Jida.

“Saya nak cari produk yang dapat membantu isteri saya yang sudah berulangkali keguguran. Kami sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan anak.”

Begitulah lebih kurang ayat dari tuan yang menghubungi. Menurutnya lagi, rahim isteri lemah dan disebabkan itulah setiapkali lekat, janinnya keguguran diperingkat awal.

Cadangan untuk isteri beliau ialah Set Gugur Shaklee dimana ia terdiri daripada beberapa produk seperti:-

1) Vitamin B Complex

Vitamin ini berfungsi untuk :-

  • Melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.
  • Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran.
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
  • Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.
  • Membantu menstabilkan hormon badan kita

    Jika kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu yang baru keguguran mengalami gangguan emosi.

    keguguran miscarriage

  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga.

2) VitaLea (Multivitamin)

Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Antara kelebihannya untuk wanita keguguran ialah :-

Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran.

Ibu yang sedang berpantang di galakkan ambil Vitalea. Ini kerana semasa berada dalam pantang banyak makanan yang tak boleh dimakan, jadi tenaga kita akan berkurang.

  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
    Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
  • Di perlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
  • Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran.

3. Sustained Release Vitamin C

Vitamin C Shaklee
Vitamin C Shaklee

Fungsi vitamin dalam membantu ibu keguguran ialah

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka.
  • Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan.
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.

    Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit. Pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

  • Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Meningkatkan sistem imun badan.

4. ESP – Susu Soya Protein ESP

esp

ESP ialah Susu Soya Protein berkualiti tinggi yang membantu keguguran untuk :-

  • Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.
  • Mencantikkan kulit.
  • Memejalkan otot.
  • Membantu dalam penurunan berat badan.
  • Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk seperti yang Jida senaraikan di atas, jangan segan-segan untuk menghubungi Jida terus melalui nombor yang tertera dibawah ini. Jida sedia membantu anda.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 28 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Punca-Punca Berlakunya Keguguran Berulang Dan Ikhtiar Yang Boleh Di Ambil Untuk Mengatasinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!