Punca-Punca Penyakit Gastrik dan Cara Mengatasinya

Daripada segi luaran, kita tidak akan tahu samaada seseorang itu ada sakit gastrik atau tidak. Ini kerana simptom penyakit ini ialah, ia boleh menyerang anda secara tiba-tiba. Dan apabila ia datang, seseorang itu akan merasa sakit perut yang kadang kala teramat sakit, diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Malah, kadang-kala boleh menyebabkan sakit kepala dan demam.

Jenis Gastrik

Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Credit : Sumber

gastrik dan puncaPunca-punca gastrik

Makanan Pedas
Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid. Ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.

Makanan Masam
Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang berlebihan. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.

Makanan Goreng
Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih susah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.

Merokok
Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda yang memberi rasa ‘high’ itu, maka ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.

Kopi atau Teh
Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.

Tekanan Emosi
Cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.

Jangkitan Bakteria H. Pylori
Kajian terbaru menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut. Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini turut boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa depan.

Credit : Sumber

Berikut adalah cara mencegah gastrik:

1. Makan mengikut waktu

2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.

3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.

4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.

5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.

Selain itu, ESP ( Energized Soy Protein ) Shaklee juga boleh membantu mengatasi masalah Gastrik.

Apa yang best dengan ESP sampai  Jida dan ramai pengguna lain menjadi penggemar setia?

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi ‘Non-GMO’ (non-genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.  Untuk setiap 850gm (setin ESP)  yag dihasilkan, 30kg kacang soya digunakan dan memberi sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP Shaklee ini juga merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala kandungan Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Ramai yang telah mencuba ESP Shaklee dan mendapat kesan yang baik sejak mengamalkannya. Lihat sahaja testimoni-testimoni di bawah ini.

Testimoni #1 : Sarapan Pantas dan Bebas Gastrik

testimoni gastrik esp 1 ruzidah

Testimoni #2 : Bagus Untuk Ibu Hamil Juga testimoni gastrik esp 2 ruzidah

Testimoni #3 : Gastrik dah Hilang, Parut Jerawat Pudar

testimoni gastrik esp 3

Testimoni #4 : ESP Sedap dan mengenyangkan

testimoni gastrik esp 4

Harga ESP Shaklee:

Bersesuaian dengan kesannya yang memberi pelbagai manfaat selepas pengambilan, harga ESP Shaklee adalah RM161.25 sebekas. Jika hendak dibandingkan dengan kos anda melabur dengan  berulang-alik untuk mendapatkan rawatan di klinik, rasanya mungkin belanja yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan ESP jauh lebih berbaloi. Sebabnya, bukan setakat dapat membantu mengatasi masalah gastrik , malah tahap kesihatan juga inshaallah lebih baik.

Tapi, kalau nak dapat harga lebih murah, korang bolehlah pertimbangkan untuk join ahli Shaklee. Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang  lebih murah dan dapat consultation seumur hidup daripada saya.

Jika anda sedang mencari penawar untuk masalah gastrik anda, sudah tiba masanya untuk anda menghubungi Jida di talian 013-6691930. Jangan sampai masalah gastrik anda menjadi semakin teruk pula. Masa tu, menyesal pun sudah tiada gunanya lagi.

Kini, lebih mudah sekali nak order secara online, hanya klik pada “ORDER SEKARANG” dibawah ini sahaja, anda boleh membuat pesanan terus kepada Shaklee. Happy Shopping!

pembelian online shakleeBerkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

 

(Visited 973 times, 75 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

4 thoughts on “Punca-Punca Penyakit Gastrik dan Cara Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!