Punca-Punca Sakit Belakang Dan Cara Mengatasinya.

Sakit belakang merupakan salah satu masalah yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia. Malahan, masalah ini boleh menyebabkan aktiviti seharian terganggu dek rasa sakit yang muncul. Berikut Jida senaraikan beberapa punca yang menyumbang kepada masalah ini.

Punca-Punca Sakit Belakang

punca sakit belakang dan cara atasi

1. Kesan Dari Aktiviti Fizikal

Ia boleh terjadi akibat daripada kesan jatuh atau kemalangan, memusingkan badan dengan pergerakan yang kuat, aktiviti lasak, duduk terlalu lama atau teknik mengangkat barang yang tidak betul.

2. Faktor Umur

Semakin usia seseorang itu meningkat, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Ini boleh menyebabkan rasa sakit yang amat sangat dan boleh merebak hingga ke kaki dan mengakibatkan kaki terasa kebas dan lenguh-lenguh.

3. Kehamilan

Sakit belakang adalah salah satu masalah yang biasa dihadapi sepanjang tempoh kehamilan. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang dan menjadi semakin teruk apabila kandungan semakin besar.

Kebanyakan masalah sakit belakang semasa hamil ini tidaklah begitu serius. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berlaku dan disertai dengan tanda-tanda lain seperti contoh pendarahan dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan.

4. Sakit Belakang Selepas Suntikan Epidural

Kaedah epidural dan spinal ialah dua cara pembiusan separuh badan sebelum pembedahan ceaserean dilakukan. Mengikut kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius adalah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang.

Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki.

Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko wanita yang bersalin tanpa epidural. Walaupun begitu, rasa sakit belakang itu biasanya berlaku dalam tempoh yang tidak lama dan akan pulih seperti biasa.

Cara Mencegah Sakit Belakang

Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan antaranya:

  1. Pastikan kedudukan yang betul apabila anda duduk, mengangkat barang, berdiri, tidur di atas katil yang sesuai.
  2. Jika kerja anda memerlukan anda duduk lama di satu tempat, pastikan anda berehat atau berjalan-jalan selama 5 minit bagi setiap 30 minit.
  3. Berjalan laju beberapa kali seminggu.
  4. Melakukan senaman yang betul seperti seperti berenang yang sangat baik untuk meredakan sakit belakang. Jangan melakukan sukan lasak bagi mengelakkan kecederaan dan sakit belakang menjadi semakin kronik.
  5. Manakala dari segi pemakanan, pengambilan kalsium dapat mencegah tulang jadi lembut. Justeru untuk menguatkan tulang,
  6. Pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal seimbang dengan ketinggian dan tidak terlalu gemuk. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan.
(Visited 9 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!