Puri Untuk Bayi 6-12 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Sebaik sahaja bayi menginjak usia 6 bulan, ibu-ibu sudah dibenarkan memberikan makanan pejal kepada anak-anak. Sebagai contoh puri buah-buahan. Tidak banyak masa yang diperlukan untuk menyediakan puri untuk bayi. Malah, sedap dan berkhasiat pula.

Puri Epal

puri epal

Masa penyediaan: 5 minit

Bahan – bahan :

  1.  Sebiji epal
  2.  Air secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Kupas kulit epal dan potong dadu.
  2. Rebus epal selama 5minit atau sehingga lembut
  3. Kemudian kisar sehingga hancur.
  4. Hidangkan ketika suhunya suam.

Puri Pisang

puri pisang

Pisang adalah makanan pertama  yang elok untuk disediakan kepada bayi. Selain senang untuk dihadam , ia juga tidak akan mengakibatkan alergik kepada bayi.

Masa penyediaan: 5 minit

Masak: Tidak Perlu

Bahan – bahan :

  1.  Sebiji pisang

Cara Penyediaan

  1. Kupas kulit pisang dan lecek atau kisar.
  2. Siap untuk dihidangkan pada bayi anda.

Puri Kentang

puri-ubi-kentang

Ubi kentang kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karborhidrat kompleks dan serat.

Bahan-bahan

  1. Ubi Kentang

Cara Penyediaan

  1. Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana dan kupas kulitnya.
  2. Kemudian, cuci bersih kentang tersebut dan potong dadu.
  3. Rebus sehingga empuk.
  4. Toskan ketang dan biarkan seketika.
  5. Apabila kentang dah agak-agak sejuk, kisar sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.

Puri lobak merah

puri-lobak-merah

Lobak merah kaya dengan beta karotena, vitamin B dan C, kalsium serta potassium. Sayur ini juga bagus untuk menguatkan sistem pertahanan badan serta meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru.

Cara Penyediaan.

  1. Ambil sebatang lobak bersaiz kecil dan buangkan kulitnya.
  2. Selepas itu, bersihkan lobak merah tersebut dan potong dadu
  3. Rebus sehingga lobak empuk.
  4. Toskan airnya dan biarkan sejuk seketika.
  5. Akhir sekali, kisar lobak sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.

Terdapat pelbagai jenis puri yang anda boleh sediakan untuk si kecil anda samaada puri buah atau sayur. Hanya cari resipi di internet dan cuba. Cukup mudah dan senang. Cuba sediakan puri yang berlainan supaya bayi tidak jemu untuk makan.

Salam Ceria.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

(Visited 10,562 times, 87 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!