Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya

Design-2015-11-09-14-38-20

Mungkin ada yang sudah bosan baca review saya asyik-asyik bawa anak pergi jalan-jalan dekat Putrajaya je kan. Sampai pernah ada orang tanya saya adakah saya ni tinggal di Putrajaya? Hehe..Saya ni sebenarnya dok Banting ni haa..Oleh kerana, Putrajaya yang paling dekat dengan rumah dan kitaorang pun tak habis explore lagi kawasan Putrajaya yang memang terkenal dengan landscapenya yang cantik ni. Maka, tak salah kot kalau kitaorang suka visit Putrajaya.

Sebelum entri ni, Jida juga pernah tulis mengenai Taman Putra Perdana dan Taman Botani. Dua-dua pun adalah taman yang berada di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh anda kunjungi di Taman Wetland ini sebenarnya tapi pilihan kami semalam adalah di Pusat Penghayatan Alam. Jadi, jemputlah mencuci mata melihat gambar dua puteri kami yang enjoy sangat disana.

Design-2015-11-09-14-42-44

Bila anda memasuki entrance nya, korang cuma perlu tulis nama wakil rombongan/keluarga di atas sehelai borang. Selepas itu anda adalah bebas untuk melihat-lihat apa yang ada disitu. Untuk pengetahuan, masuk adalah Percuma disini.

Design-2015-11-09-15-33-24Design-2015-11-09-15-33-35

Dua-dua gambar kat atas tu tak jelas sebab kawasan sekitarnya gelap. Sebenarnya kat lantai tu wujud rama-rama dan ikan yang dipantulkan dengan menggunakan projektor. Bila dipijak oleh budak-budak atau bapak dan mak budak, illustrasi air di dalam kolam ikan kelihatan seperti real. Itu yang makin lama, makin kuat pulak diaorang berlari kat situ.

Design-2015-11-09-15-33-45

Terdapat tiga level di dalam bangunan Pusat Penghayatan Alam ni, ada edutainment untuk kanak-kanak belajar, ada cineplex yang memaparkan short film mengenai burung-burung dan hidupan, ada mural 3D untuk tujuan fotografi.Malah, ada juga ikan-ikan yang diletakkan di dalam akuarium. Memang sesuai bawa anak-anak datang ke sini lebih-lebih lagi musim cuti sekolah pun sudah dekat kan?

Design-2015-11-09-15-33-09

Alhamdulilah, sepanjang lawatan anak-anak tidak meragam dan behave je. Almaklumlah, dah suap kenyang-kenyang dulu sebelum membuat lawatan. Bertenagalah mereka kat sana. Tapi, jangan risau sekiranya anak anda lapar, ada cafeteria yang disediakan di dalam bangunan.  Bolehlah menjamu selera disitu nanti. Sambil makan sambil diiringi bunyi rakaman unggas-unggas seperti monyet dan burung. Macam makan dalam hutan gitu. Menarik kan ?

Sekiranya anda belum ada apa-apa program untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah, mungkin anda boleh luangkan masa dihujung minggu untuk bawa anak-anak jalan ke sini. Insha Allah, banyak manfaat yang boleh anak-anak kecil kita pelajari disini.

(Visited 2,423 times, 48 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!