Rahsia Ibu Bekerja Tidak Lagi Letih Menguruskan Rumah Tangga dan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Seharian menghadap kerja yang bertimbun-timbun di ofis sejak dari pagi sampai ke petang dan kadang-kadang membawa ke malam memang meletihkan. Semua ibu-ibu termasuk Jida sendiri, kadang-kadang mengalami situasi yang sama. Jida pergi kerja pukul 8, hantar anak dekat babysitter, pastu masuk kerja dan dihumban dengan pelbagai jenis kerja pun dah terasa kelam kabutnya. Balik kerja nak kena masak lagi, kena kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan dan segala macam hal yang untuk disiapkan sebelum tidur. Rutin ini sentiasa berulang. Setiap hari.

Dengan dua anak yang sedang membesar sekarang, Jida akui kadang-kadang terlepas kemarahan pada anak-anak dek kerana kepenatan. Bagaimana caranya untuk mengatasi rasa letih dan kita tidak lagi letih menguruskan kerja rumah dan anak seharian?

ibu bekerja

1. Menyiapkan bahan masak terlebih dahulu

Masa memang sangat berharga untuk ibu-ibu yang sentiasa sibuk. Maka untuk menguruskan masa dengan betul, ibu-ibu perlu menggunakannya degan bijak. Cara yang boleh dipraktikkan ialah dengan menyediakan bahan-bahan asas memasak pada hujung minggu. Kisar bebawang, cili, siang ikan, ayam dan potong sayur pada hujung minggu kemudian masukkan ke dalam bekas seterusnya disimpan di dalam peti ais. Bahan basah yang hendak dibekukan diasingkan mengikut bahagian yang akan dimasak dalam sehari. Kalau anda memerlukan 5 hari, maka 5 bekas bahan masak diperlukan.Selain dapat menjimatkan masa, rutin harian juga dapat berjalan dengan lancar.

2. Memasak dengan bahan tersedia

Apabila anda hendak memasak, keluarkan sahaja bahan-bahan yang telah disediakan pada hujung minggu untuk dinyah beku. Keluarkan mana yang perlu sahaja. Sekiranya anda ada ketuhar gelombang mikro, kerja menyahbeku anda akan menjadi lebih cepat. Cuma letak di dalamnya dan panaskan. Tapi, kalau tak de ketuhar pun takpe, sambil-sambil menunggu bahan-bahan dinyahbeku, anda boleh memasak sayur yang sudah siap dipotong.

3. Basuh pinggan semasa memasak, bukan selepas memasak

Kuali, pinggan, senduk dan segala macam peralatan dapur yang digunakan semasa memasak, boleh dibasuh semasa anda sedang mereneh sup atau menunggu kari ayam masak. Cara ini boleh menjimatkan masa dan tidak menyebabkan anda terlalu lama berada di dapur.

4. Membasuh dan menyidai pakaian selalu, bukan bila penuh longgokan baju.

Setiap kali bekas baju kita penuh, terus ambik dan basuh. Jangan tunggu sehingga dah berlonggok-longgok baru nak basuh. Itu lebih memenatkan. Biasanya pun Jida memang amalkan basuh baju waktu malam. Kalau nak buat siang memang tak sempat. Masuk je ke dalam mesin basuh, keringkan dan terus sidai (bagi yang ada ampaian dalam rumah la).

5.  Usah bertangguh melipat baju

Saya suka basuh baju, tapi saya tak suka lipat. Hahaha. Siapa yang ada masalah ini? Sindrom suka menangguhkan aktiviti melipat kain ini memang bahaya. Silap-silap kain yang sudah dibasuh boleh menjadi bukit di dalam rumah. Sebenarnya, anda boleh melipat kain sambil-sambil menonton TV atau semasa membantu anak membuat kerja sekolah. Jangan ditangguh-tangguh, kalau tak kerja-kerja melipat kain menjadi susah. Di dalam rumah Jida ni pun banyak baju yang di gantung. Lebih senang dan tersusun. Tetapi, baju-baju kecil macam baju anak-anak atau anak tudung, perlulah dilipat juga. Bukan semua sesuai digantung.

6.Menggosok pakaian untuk stok seminggu

Satu lagi yang kebanyakkan dari kita kurang gemar adalah menggosok baju kerana ia memerlukan perhatian dan tenaga dari kita. Nak gosok baju ke pejabat, tudung dan pakaian seragam sekolah anak bukan satu pekerjaan yang mudah. Salah satu cara untuk menyenangkan ibu-ibu yang sibuk adalah dengan menggosok terus untuk satu minggu. Jimat masa, jimat elektrik!

7. Mengemas rumah semasa orang lain tengah tidur.

Jida memang kena buat macam yang kat atas ni kalau nak mengemas, sebabnya kalau mengemas semasa anak-anak masih belum tidur, alamatnya buat penat je lah. Semakin dikemas, semakin bersepah. Jadi, kalau nak kemas rumah dengan cara yang lebih cepat kenalah korbankan sedikit masa untuk mengemas sewaktu anak-anak sedang tidur. Suami juga perlu bekerjasama dalam membantu isteri melakukan kerja rumah. Tidak ada salahnya. Latih anak supaya mengemas permainan dan buku sekolah sendiri.

8. Amalkan pengambilan suplemen tambahan untuk tingkatkan stamina

Memang ada beza waktu Jida ambil suplemen atau tidak ambil. Sebelum amalkan suplemen, badan Jida mudah rasa lesu dan asyik nak marah-marah je sebab stress. Kesian, kadang-kadang anak nak bermanja dengan kita setelah 8 hingga 9 jam duduk dengan babysitter. Last-last sekali, kita tak tersempat layan dia orang. Alhamdulilah, selepas amalkan ESP, B Complex dan Vitamin C, keletihan bukan lagi masalah untuk menguruskan rumah tangga. Kalau tidak mana ada masa nak masak, kerja rumah, hobby gardening dan berblogging?

Testimoni Kisah Benar daripada Puan Lyna

Semasa Puan Lyna masih lagi bekerja sebagai Jurutera, beliau selalu out station. Masalah paling utama ialah berasa keletihan yang terlampau selepas kembali ke rumah.

Namun kini Puan Lyna tidak lagi menghadapi masalah keletihan walaupun selalu travel.

Anda juga salah seorang yang kerap travel sana sini?

Jom kita ketahui, apakah rahsia Puan Lyna sehingga mampu menjalankan aktiviti terus menerus pada hari yang sama walaupun baru balik dari travel.

Puan Lyna adalah pengguna tegar Shaklee dan dengan pengambilan ESP, Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Coq-Health secara konsisten, beliau dapat mengatasi masalah keletihan apabila travel.

set keletihan

Nak tahu lebih lanjut mengenai Set Atasi Keletihan, boleh hubungi saya terus untuk maklumat yang lebih terperinci.

RUZIDAH ABDULLAH

0136691930

“KONSULTASI BERTERUSAN & PERCUMA UNTUK PELANGGAN SAYA”

COD sekitar Banting & Dengkil

KLIK LIKE Di Fanpage Saya Ruzidah’s Notes – Catatan Seorang Ibu untuk INFO PERCUMA

(Visited 1,958 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!