Rahsia Tingkatkan Penghasilan Susu

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang perlu anda fikirkan dalam usaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu? Yang paling penting tentunya 2B ini , Breast (Payudara) dan Baby (Bayi). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh berpantang.

Mother Breastfeeding her newborn

Secara amnya, payudara perlu lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti diimpikan.

1- Kerapkan menyusu.

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada tiga jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

2- Jangan tunggu payudara penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayu beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara ‘kosong’), dia akan memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3- Menyusu lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara. Biarkan dia menyususebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkan nya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan susu disebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, dimana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4- Penyusuan dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjruskan ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5- Bogelkan bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang dihadapan. Bagi mengelakkan bayi kesejukkan, selimutkan dia ketika menyusu.

6- Penyusuan malam

Amalan menyusukan bayi diwaktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam juga turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7- Penyusuan baby sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung , ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut kerana dengan cara ini dia menyusu lebih baik.

8- Fikir bayi, fikir susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan  dan sejurus  sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9- Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang direndam dengan air suam.

10- Minum air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan air setiap hari.

Semoga dengan tips ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu untuk menyusukan bayi.

Thank for reading.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

(Visited 3,453 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!