Rawatan Demam secara Semulajadi untuk Ibu Hamil

Seperti yang kita tahu selain loya-loya dan muntah-muntah, ibu-ibu hamil juga boleh mengalami alahan seperti demam dan batuk ketika mengandung. Apabila suhu badan kita sudah meningkat melebihi 38°C, bacaan itu sudah dikira bukan ditahap normal dan perlu dirawat dengan sewajarnya.

Setahu saya, ubat-ubatan seperti panadol tidak digalakkan untuk diambil semasa mengandung melainkan telah mendapat nasihat daripada doktor.

Kenapa anda perlu merawat demam anda dengan segera semasa hamil?

  • Ini adalah kerana jika dibiarkan berlarutan boleh memberikan kesan negatif pada perkembangan fetus.
  • Bayi yang dilahirkan boleh berisiko lebih tinggi mengalami masalah spifina bifida terutama sekiranya ibu demam semasa proses pembentukan saraf tunjang pada hari ke-20 hingga 28 selepas telur disenyawakan.

demam-semasa-hamil

Bagaimanakah anda boleh merawat demam ketika hamil tanpa ubat?

1. Minum Air

Minum air kosong dengan banyak. Ini kerana demam dapat membuat ibu-ibu merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu, harus mengambil jumlah air yang diambil ketika demam.

Jika demam bersama loya-loya dan muntah-muntah, bolehlah meminum air secara sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu.

2. Tuam Kepala & Dada
Selain itu, wanita hamil boleh juga menuam kepala dengan menggunakan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada. Ini bertujuan untuk mengeluarkan haba dari tubuh badan dan seterusnya mengurangkan demam.

3. Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

4. Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk kesegaran jika mengalami sejuk badan.

5. Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Ok lah, itu sahaja sedikit sebanyak tips untuk hari ini, namun sekiranya simptom demam sudah melebihi satu minggu, ibu-ibu sepatutnya segera mendapatkan rawatan daripada doktor kerana dibimbangi akan memudaratkan ibu dan bayi.

Suka saya ingatkan, tips di atas adalah ikhtiar kita untuk merawat demam secara semulajadi. Ini bukan jaminan yang ibu-ibu akan sihat seperti biasa selepas mencubanya. Ini cuma salah satu usaha kita selain daripada memakan ubat demam. Apa-apa pun, Selamat mencuba ye.

RUZIDAH 013-6691930

(Visited 496 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!