Rempah Perap Daging Kambing Black Pepper, Bakar Dengan Pemanggang Ajaib

Sebelum kahwin rasanya tak reti nak masak daging kambing ni, malah sampai sekarang pun takde lah pandai sangat. Tapi setakat nak buat simple-simple macam Kambing Bakar Black Pepper ni, boleh lah. Tapi takat makan sendiri je lepas lah. Nak jamu orang datang tu, haha kena fikir berkali-kali dulu.

Ok, kali ini Jida nak kongsi resepi perapan daging kambing bakar black pepper. Actually, resepi ni Jida baca dari internet. Tapi sebab dah bercampur campur bacaannya, sampai lupa sumbernya dari mana.

Ok, bahan utamanya ialah :

Resepi Perapan Daging Kambing Bakar Black Pepper

Bahan-bahan

  • 2 keping Daging Kambing. ( yang Jida punya ketulan kecik, sebab beli yang memang macam tu, tak tau pula berapa gram )
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 3 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Separuh bawang besar (dihiris nipis)

Cara-cara penyediaan

  1. Basuh daging dengan menggunakan sedikit tepung gandum.**Tujuannya supaya bau hamis daging kambing hilang.
  2. Setelah bersih, toskan daging.
  3. Seterusnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan lada hitam.
  4. Bila bahan tumis terbit bau, tutup api dan sejukkan.
  5. Tumbuk lada hitam dan bawang putih yang ditumis tadi sehingga hancur.
  6. Gaulkan pada daging. Masukkan juga sos cili dan sos tiram.
  7. Perap sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih.
  8. Setelahitu, bolehlah di bakar menggunakan pemanggang ajaib. Sebenarnya nak bakar guna apa bergantung pada anda. Kalau nak guna arang boleh, nak guna ketuhar atau nak letak atas kuali leper pun boleh. Ikut suka anda. Janji, daging dapat masak.
  9. Ok. Bila daging dah nak dekat masak. Jida letak bawang besar sebagai penambah rasa.
  10. Siap. Hidang dengan nasi panas memang mabeles.
perapan daging kambing bakar blackpepper guna pemanggang ajaib
Kambing yang dah siap diperap
perapan daging kambing bakar blackpepper guna pemanggang ajaib
Kambing yang dah siap dimasak menggunakan pemanggang ajaib

Hidangan ini memang senang nak membuatnya. Cumanya, ada orang kata tak boleh selalu makan daging kambing. Lagi-lagi kalau ada darah tinggi. Tak elok.

Yang ni, Jida belum pasti kebenarannya. Tapi bagi Jida makan apa-apa pun kena berpada-pada. Sebab yang akan menanggungnya kita juga nanti.

Ok lah, tak mau cerita panjang lagi. Jom lah kita lunch dengan kambing bakar hari ni. Yummeh!

(Visited 7,109 times, 1,339 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Rempah Perap Daging Kambing Black Pepper, Bakar Dengan Pemanggang Ajaib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!