Resepi Air Asam, Di Hidang Bersama Ikan Bakar

Pasangan kepada ikan bakar, tentulah air asam yang pekat dan nikmat. Sambil-sambil tunggu ikan dibakar, bolehlah sediakan air asamnya. Sedang elok ikan bakar masak, air asam pun dah siap. Pergh, sedap nya makan nasi dengan ikan bakar dan air asam.

Resepi Air Asam

resepi air asam ikan bakar

Bahan-bahan

10 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka )
2 biji cili merah
1 biji buah tomato
1 bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan
Garam
Gula

Cara penyediaan:

1. Campur asam jawa dengan 1 cawan air suam. Ketepikan biji dengan sudu kemudian ambil patinya.

2. Belacan dibakar seketika. Kemudian lenyekkan dan hancurkan belacan tadi dengan menggunakan sudu dan sedikit air asam yang telah diambil pati tadi.

3. Bawang merah dikupas kulitnya dan dipotong halus. Simpan bawang merah itu dalam satu bekas berlainan. Tomato juga dipotong kecil dan dicampurkan sekali.

4. Cili padi dipotong halus dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang ada bawang merah. Tumbuk bawang putih dan cili merah, campurkan sekali ke dalam bekas.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

6. Kemudian, masukkan belacan diikuti dengan pati air asam yang telahpun disediakan pada awal tadi di dalam mangkuk tersebut.

7. Akhirnya, gaulkan semua bahan-bahan tersebut. Pastikan air asam tidak pekat atau cair sangat. Sekiranya pekat air suam ditambah. Kalau terlalu cair, tambahkan bahan masakan seperti cili, bawang merah atau tomato ikut citarasa anda sendiri.

10. Sekarang, air asam telah pun disiap untuk dimakan bersama ikan bakar.

Begitulah cara Jida buat air asam kalau ada ikan bakar. Memang bertambahlah nasi bila pekena menu ni sekali-sekala.

Selamat mencuba ya.

(Visited 9,657 times, 772 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!