Resepi Ayam Bakar Madu, Menu Ringkas Tapi Sedap

Sebenarnya dah beberapa hari masak terlajak simple untuk berbuka. Cukup saja berbuka dengan kurma dan nasi campur ikan goreng. Tapi, semalam tiba-tiba teringin pula nak makan ayam bakar madu. Maka, mulalah mencari resepi ayam bakar madu yang ringkas tapi sedap. Bagi Jida yang penting, bahan-bahannya dah ada di dapur dan senang nak cari.

Resepi Ayam Bakar Madu

BAHAN A

¾ ekor Ayam
4 biji cili kering
5 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 sudu madu
3 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair

BAHAN B

2 sudu madu
3 sudu sos tiram

Cara Penyediaannya

1- Bahan A dikisar sebati.
2- Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan bahan A yang telah dikisar ke dalam satu bekas yang sama. Gaul sebati ayam dan perapan tersebut.

ayam bakar madu diperap
Ayam yang telah dicampur dengan perapan bahan A

3- Perap selama lebih kurang 3 jam. (Simpan di dalam peti)
4- Setelah cukup masa ayam diperap, bakar lah di atas arang. (Nak bakar pakai apa pun tak kisah sebenarnya, tapi Jida lagi suka pakai arang.)
5- Sapukan campuran bahan B ke atas ayam yang sedang dibakar.
6- Apabila agak-agak sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ayam bakar madu
Siap!!

Inilah rupa ayam bakar madu yang telah siap dibakar petang semalam. Tak sempat azan Maghrib kedengaran, dah hilang dah dua ketul. Haha..Sabar je lah.

Ok lah, Jida harap anda pun dapat cuba Ayam Bakar Madu ni dan selamat memasak. Bye!

Ruzidah Abdullah
Pengedar Shaklee Aktif Anda

(Visited 12,253 times, 1,245 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Resepi Ayam Bakar Madu, Menu Ringkas Tapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!