Resepi Ayam Masak Butter, Sedap dan Mudah

Tengahari ni teringin sangat nak makan Ayam Masak Butter. Takde lah mengidam apa pun, cuma anak tekak ni request nak makan menu yang satu ni haa. Ngada-ngada betul la.

Makanya, sambil masak tu, terlintas pula nak share resipinya di sini. Mana la tau kot ada yang tengah mengidam juga kan? 

Resepi ini berdasarkan apa yang Jida masak hari ni tau. Kalau rasanya terlebih atau terkurang masa korang try, Jida minta maaf ya. Sebab kadang-kadang kita rasa dah cukup perencah semua dah tapi rupa-rupanya ada juga yang terkurang kan. So, pandai-pandailah korang adjust ya.

Ok, jadi tanpa buang masa lagi, jom kita tengok resepinya.

Ayam Masak Butter

Bahan-bahan

bahan utama ayam masak butter

1. 400gm Isi ayam (dipotong dadu)

2. Setin susu cair

3. Setangkai daun kari

4. Setengah biji bawang besar (bawang holland). – dihiris nipis

5. 2 ulas bawang putih – dihiris nipis

6. 2 sudu besar planta

7. 2 biji cili padi – potong kecil

8. Minyak masak (menumis dan goreng ayam)

9. Sedikit tepung goreng ayam

10. 1 sudu gula

11. Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gaulkan isi ayam yang sudah dipotong kecil dengan tepung goreng ayam. Tak kisah jenama apa. Janji bersalut.

** Kalau takde tepung goreng ayam ni, guna je tepung gandum campur tepung jagung sikit dan garam sikit.

2. Goreng ayam sehingga agak-agak masak. Tak perlu garing sangat. Asal masak je.

ayam butter tepung gandum
Rupa ayam goreng kepci salut tepung gandum.

3. Ayam yang dah siap masak, ketepikan seketika ke dalam pinggan.

4. Menggunakan kuali yang lain, masukkan minyak sikit. Agak-agak cukup untuk menumis. Buka api sederhana.

2. Bila minyak dah panas, masukkan pula 2 sudu besar planta.

3. Bila baunya dah semerbak menusuk kalbu, masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan daun kari.

resepi ayam buttermilk sedap
mengancam tau bau dia masa ni

4. Agak-agak bahan tumis dah kelayuan, tuang habis susu cair. Kacau-kacau-kacau sampai pekat.

resepi ayam butter sedap dan mudah
warnanya ala-ala kuning je. Ni sebab pencahayaan tau.

5. Setelah kuah pekat, masukkan gula dan sedikit garam. Kacau sampai sebati. Kemudian, masukkan pula ayam yang sudah digoreng tadi.

resepi ayam buttermilk sedap
Kacau sebati ayam dan kuahnya

6. Biarkan seketika. Dah sebati semuanya, tutup api.

7. Siap untuk dihidang.

resepi ayam buttermilk sedap
Masa untuk makan. Yeay!

Macam mana? Mengancam tak rupanya? Kuahnya bila sejuk memang agak pekat sikit tapi masih sedap lagi, Insha Allah.

Ok lah, itu sahaja perkongsian Jida untuk kali ini. Harap-harap ada lah yang sudi cuba resepi Ayam Masak Butter yang tak seberapa ni.

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini dan Semoga hari anda sentiasa indah sentiasa.

RUZIDAH ABDULLAH
ruzidah@gmail.com

(Visited 5,748 times, 537 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “Resepi Ayam Masak Butter, Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!