Resepi Bubur Kacang Hijau, Sesuai Untuk Minum Petang

Waktu petang hujung minggu begini tak lengkap rasanya kalau tak ada makan petang. Buat je lah menu paling mudah seperti cekodok pisang atau goreng keropok ikan pun best jugak.

Sambil santai-santai satu famili, hidang pula kopi panas. Fuh, kenyang juga lah sementara nak tunggu makan malam nanti.

Tapi petang ni tak mau dah rasanya buat cekodok. Apa kata kita buat bubur kacang hijau pulak. Lagi best kan? Boleh makan macam tu atau buat cicah roti putih yang keping tu. Hmmm..sedapnya.

bubur kacang hijau bersagu

Bubur Kacang Hijau Bersagu

Bahan-bahan

1½ cawan kacang hijau ( direndam 4 jam)

1 kotak santan (kecil)

1 keping gula melaka

3 sudu besar sagu ( dibersihkan, rendam 15 minit, tos)

3 sudu gula

½ sudu kecil garam

2 helai daun pandan (disimpul)

Air secukupnya

Cara penyediaan

1. Masukkan kacang hijau dan 2 cawan air ke dalam periuk. Buka api sederhana dan masaklah hingga kacang empuk ( tambah air jika perlu ).

2. Setelah itu, masukkan santan, gula melaka, gula, daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih.

3. Masukkan sagu. Kacau sebati. Biarkan 5 minit. Tutup api.

4. Siap.

Makan panas-panas pun syok juga sambil layan rancangan RunningMan kat Tv ni ha…

Siap je masak, terus update kat blog. Punya la excited nak share kan? Walaupun simple je, Jida harap dapat membantu korang yang baca blog Jida ni mendapat sedikit idea nak masak apa petang ni.

Ye lah, dah hari-hari masak sampai tepu dah otak nak fikir menu apa kan. Dah faham sangat dah. Ok lah korang, selamat mencuba ya.

(Visited 581 times, 40 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Resepi Bubur Kacang Hijau, Sesuai Untuk Minum Petang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!