Resepi Carrot & Potato Fritters- Senang, Ringkas dan Sedap

Assalamualaikum w.b.t semua..

Sementara tengah bersantai-santai ni, teringat pulak lah nak update resepi yang ahkak ada masak ari tu. Bukan nak show off ke hape pun sebab resepi yang ahkak nak share ni pun resepi teramat senang yang orang dok sibuk-sibuk viralkan kat MukaBuku dulu-dulu tu. Nama resepi itu adalah Carrot & Potato Fritters a.k.a Cekodok Lobak Merah dan Ubi Kentang.

Bahan-bahannya adalah :-

4Biji Ubi kentang (di kupas kulitnya dan disagat)

1 Btg lobak merah (disagat)

1/2 cawan daun bawang ( dipotong kecil)

4sudu makan tepung gandum

4 sudu makan tepung jagung

1 biji telur ayam

1 sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu kecil garam

minyak masak secukupnya

Cara-caranya pulak ialah :-

1- Masukkan semua bahan dan pecahkan telur

2- Gaulkan hingga mesra

3- Panaskan minyak masak

4- Bila minyak dah panaskan, masukkan 1 sudu adunan dan leperkan

5- Goreng hingga garing

6- Sedia untuk di’ngap’. Sedap di makan bersama Sos Cili.

Wallahhh,,, Senang je kan nak masak. Agak-agak takde idea nak sarapan atau nak minum petang dengan apa, bolehlah cuba resepi ini.

Carrot & Potato Fritters~~menu paling senang nak buat. Selamat Mencuba!

potato fritter
carrot & potato fritter yang yummy…

 

(Visited 397 times, 10 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!