Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung, Rangup Dan Senang Dimasak

Sejak-sejak viral mengenai Cendawan Enoki Goreng Tepung di laman sosial, dah berbulan-bulan jugalah pasang niat nak cuba masakkan untuk keluarga. Oleh kerana, pagi tadi baru Jida sedar bahawa niat semata-mata tanpa usaha tidak akan membawa kita ke mana-mana, maka terjadilah Cendawan Enoki Goreng Tepung di dapur Jida. Eekeke..

Cendawan Enoki Goreng Tepung
Cendawan Enoki Goreng Tepung

Macam mana? Walaupun rupanya tak best, tapi rasanya sedap woo.. Dan yang penting ada bahan-bahan ni.

Resepi Cendawan Enoki Goreng Tepung

Bahan-bahan:

2 bungkus cendawan enoki
1 biji telur (pukul ringan)
serbuk tepung serbaguna
**apa jenama pun boleh, tapi ramai yang suggest brand Bestari.
Minyak masak secukupnya

Cara Membuat:

1. Potong akar cendawan Enoki, leraikan ia, kemudian basuh dan toskan.
2. Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3. Golekkan atas tepung serbaguna.
4. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.

resepi cendawan goreng tepung
bahan-bahan resepi cendawan goreng tepung

 

gaul tepung dengan cendawan enoki
gaul tepung dengan cendawan enoki

Amacam? Senang je kan. Boleh buat snek petang-petang sambil tengok tv bersama famili tersayang. Sebagai penambah rasa boleh hidangkan bersama sos atau mayonis.

Ok jangan lupa cuba ya?

(Visited 1,553 times, 50 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!