Resepi Cucur Manis Mudah

Semalam tular pula resepi cucur manis atau cucur kembung di newsfeed Jida. Oleh kerana ramai sangat orang yang kongsi resepi cucur kembung manis yang mudah tu. Makanya, terjebak jugalah kita nak buat cucur kembung sebab bahan-bahannya sedikit je dan senang pula dibuat.Kalau tak jadi pun tak rugi.

Okeh, jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Resepi Cucur Manis Mudah

resepi cucur manis mudah

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas baru mendidih
3 sudu makan gula
sedikit garam

Cara Penyediaan

Masukkan semuanya di dalam satu bekas. Kacau adunan menggunakan senduk kayu. Hati-hati sebab adunan panas tu.

Bila dah sebati, biarkan suam.

Selepas itu, bentukkan bulat adunan dengan tangan. ( Tips: Nak dapatkan bulat cantik, basahkan jari dan tapak tangan dengan air sikit sebelum menggentel).

Panaskan minyak di atas dapur. Bila api betul-betul panas, masukkan cucur yang telah dibulatkan. Guna api sederhana.

Balik-balikkan cucur yang ada didalam kuali. Kacau rata.

Dah berubah warna dan masak, boleh lah diangkat.

Siap.

Amacam, senang ke tak? Cubalah buat nanti ya. Manis gula tu boleh ikut citarasa masing-masing ya. Ada juga yang guna susu pekat dan tambah planta. Nak cuba boleh lah ubah tang gula tu ok.

Itu sahaja perkongsian Jida hari ni, semoga bermanfaat ya.

(Visited 1,274 times, 41 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!