Resepi Ikan Keli Bakar Percik

Kadang-kadang teringin juga nak makan percik, tapi tang nak bakar-bakar tu yang leceh. Bila cik abang ada kat rumah, apa lagi boleh lah mintak tolong dia. Nampak tak kat situ, cara isteri mengambil kesempatan ketika suami bercuti. Wahaha…

Resepi Ikan Keli Bakar Percik

Bahan-bahan

3 ekor ikan keli – perap garam dan kunyit, selepas itu dibakar.
1 kotak santan ( kecil )
3 ulas bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 sudu besar cili kisar (saya tak guna, kebetulan takde)
2 batang serai – diketuk
1 asam keping
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh bersama air. (untuk pekatkan kuah)

Cara-cara penyediaan

1. Kisar bawang merah, halia, kunyit dan cili kisar.
2. Kemudian campur bahan kisar tadi dengan santan dan masukkan asam keping dan serai.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sentiasa.
Masak dengan api perlahan sampai pekat.

ikan keli percik
Keadaan kuah percik masa cair dan sesudah pekat

4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Apabila sudah masak, lumurkan sedikit kuah percik pada ikan keli yang telah dibakar tadi dan bakar sekali lagi (sekejap saja).

ikan keli percik
Percik ikan keli siap!

Hidangan utama dah siap, masak nasi pun dah. Apalagi, panggil suami dan anak-anak makan. Kenyang Alhamdulillah.

Kalau ada beli Ikan Keli lebih, boleh juga buat Ikan Keli Berlada. Best juga tu. Nak tahu resepinya boleh Klik Sini ya.

Ok lah, selamat mencuba ya semua. Terima Kasih kerana sudi membaca entri ini.

(Visited 948 times, 29 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!