Resepi Ikan Keli Goreng Berlada, Menu Pantas Dan Sedap

Alhamdulillah, semalam kami ada borong barang-barang basah untuk stok seminggu. Ada lah ayam, daging lembu, kambing dan juga ikan keli.

Jadi, untuk menu pertama hari ni, Jida dah plan nak masak Ikan Keli Goreng Berlada. Wah-wah, nak masak pun kena plan bagai ke? Haha..itulah Jida. Dari malam tadi lagi dah fikir nak masak apa untuk lunch. Perangai mak-mak sangat kan?

Menu ini memang ringkas dan senang je nak membuatnya, janji bahannya cukup semua. Jida suka menu ringkas, jimat masa dan boleh fokus pada perkara lain pula lepas tu.

Ok, so bahan-bahannya adalah seperti berikut.

Ikan Keli Goreng Berlada

ikan keli goreng berlada

Bahan-bahan
3 ekor ikan keli digoreng
6 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih½ labu bawang besar (hiris nipis)
Sedikit belacan
1 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam + ½ sudu gula

Cara-cara penyediaanya
1. Kisar cili, bawang merah dan bawang putih hingga hancur
2. Tumiskan bahan yang dikisar sampai naik bau, kemudian masukkan belacan, serai dan bawang besar yang dihiris.
3. Masukkan garam, sedikit gula(ikut suka) dan air asam jawa.

4. Kacau-kacau sampai sebati semuanya.

5. Setelah itu, masukkan ikan keli yang digoreng tadi gaulkan sehingga sebati.
Siap!

ikan keli goreng berlada

Lauk ikan keli goreng berlada ni, kalau makan dengan nasi panas. Fuh, memang tak toleh kiri kanan. Nak-nak pulak ada sayur lemak. Bertambah-tambah nasi. Hehe..saja je kan nak buat korang terliur.

Jadi, apalagi..? Boleh dah tu mula apa yang patut. Ehehe..

Akhir kata. Selamat Mencuba.

(Visited 4,539 times, 116 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Resepi Ikan Keli Goreng Berlada, Menu Pantas Dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!