Resepi Kerabu Udang Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum w.b.t

Hari tu ada buat makan-makan saja-saja kat ofis. Di sebabkan Jida ni bukannya pakar memasak pun. Maka, puas jugaklah fikir apalah menu yang sesuai untuk di bawa ke ofis. Akhirnya, terciptalah masakan yang berasal dari Pantai Timur, iaitu Kerabu Udang Yang Mudah dan Sedap ini.

IMG-20150611-WA0005

Bahan-bahan

Setengah kilo udang (dikupas kulit)

Sebiji Tomato (dipotong dadu/ kecil-kecil)

Setengah biji Timun (dipotong dadu/ kecil-kecil)

Setengah biji Lemon (di hiris nipis)

Dua batang serai (dihiris halus-halus)

2 tangkai Kacang panjang (dihiris halus-halus)

8 biji cili padi (dipotong halus)

1 biji bawang besar (dipotong dadu/ kecil-kecil

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit Cuka makan

Sedikit bawang goreng (hiasan)

Sedikit daun sup (hiasan)

Cara Penyediaan

1-  Udang direbus sebentar. Lebih kurang 5-7 minit. Jangan sampai terlalu masak.

2-  Toskan udang tapi pastikan air rebusan udang disimpan sebanyak dua cawan.

3-  Masukkan sedikit garam, gula dan cuka ke dalam air rebusan udang tadi. Sesuaikan rasa masin, manis dan masam mengikut citarasa anda. Pastikan rasanya seimbang.

4- Apabila air rebusan udang yang sudah dicampur perasa tadi sudah sejuk, Gaul semua bahan seperti udang, tomato, timun, lemon, serai dan cili padi ke dalam air rebusan tadi.

5. Letak daun sup dan bawang goreng di atas kerabu sebagai hiasan.

6. Siap. Selamat Mencuba.

Nota Kaki : Gambar yang diatas adalah sebelum bercampur dengan air rebusan udang,garam, gula dan cuka. Bila dah bercampur, memang dah macam rojak jadinya. Sebabnya, dah habis makan, baru ingat nak tangkap gambar. Jadinya, lain kali la pulak ye Jida letak picture yang dah bercampur gaul. =)

RUZIDAH ABDULLAH

ID : 933174

TEL : 013-6691930

(Visited 470 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Resepi Kerabu Udang Yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!