Resepi Kerang Rebus Asam Limau, Sesuai Untuk HB Rendah

Pernah dengar tak kalau paras hb(hemoglobin) rendah maka ada makanan tertentu yang digalakkan ambil seperti contoh makanan laut iaitu kerang ataupun sayur-sayuran hijau seperti bayam. Biasanya ibu mengandung dan orang-orang yang sudah berusia selalu berdepan dengan masalah ini.

Kadang-kadang ada juga kawan-kawan Jida yang mengadu yang diaorang tak boleh nak telan tablet iron yang disediakan oleh pihak klinik/ hospital kerana loya dengan bau vitamin. Alahai, kesiannya kat awak. Tapi, sebenarnya korang kena ingat yang vitamin-vitamin masa mengandung tu semua penting sangat untuk menjaga kesihatan.

Selain daripada berikhtiar untuk mencukupkan zat besi yang diperlukan daripada vitamin yang diperolehi, anda juga boleh memasak hidangan kerang sebagai menu untuk menambah kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Salah satu menu yang sedap untuk menikmati hidangan kerang adalah dengan memasaknya mengikut cara yang berikut.

KERANG REBUS ASAM LIMAU
(Hidangan untuk 4 orang)

resepi kerang rebus limau

Bahan-bahan
500gm kerang
2cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili merah
Sedikit air

Pencecah Asam Limau
3 biji limau kasturi
1/2 biji tomato
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1/4 biji bawang besar

Cara penyediaan
1. Cuci kerang hingga bersih
2. Rebus kerang dengan sedikit air. Masukkan halia, serai, bawang merah dan cili merah.
3. Rebus hingga masak.
4. Bagi penyediaan pencecah asam limau, potong halus-halus tomato, cili merah, cili hijau dan bawang besar kemudian satukannya. Perahkan limau ke atas bahan-bahan yang dipotong tadi.
5. Hidangkan kerang rebus bersama pencecah asam limau tadi.

Kerang rebus

Lihat resepinya saja dah telan liur. Belum buat lagi tu. Hehe. Apakata kali ni kita cuba buat resepi ni. Mesti bertambah nasi makan. Nyum..nyum..

Dalam entri Jida yang terdahulu, Jida juga ada berkongsi menu lain selain kerang untuk mereka yang ada hb rendah. Boleh check kat sini —> Resepi untuk Ibu Hamil Anemia/ Hb Rendah ( Jangan risau, yang tak hamil pun boleh cuba. )

Ok lah, itu sahaja resepi yang Jida nak share dengan anda. Jida doakan sesiapa yang ada masalah hb rendah tu berjaya mengatasi masalah tersebut dan dapat menjalani hidup dengan ceria. Insha Allah.

Berkongsi Untuk Kebaikan
RUZIDAH ABDULLAH
ruzidah@gmail.com

(Visited 166 times, 14 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Resepi Kerang Rebus Asam Limau, Sesuai Untuk HB Rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!