Resepi Lala Masak Serai

Siapa suka makan lala? Angkat tangan pls? Haa..nampaknya kita geng la. Sep sikit. Jida suka makan lala. Beli lala sekilo boleh lah dibuat makan tengahari dan malam untuk kami berdua. Anak-anak tak suka sangat.

Nak masak lala dengan serai ni pun mudah sangat. Bahan-bahannya ringkas dan cara pembuatannya pun tak susah.

Resepi Lala Masak Serai

lala masak serai

1 kg lala
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah
5 Cili Kering
1 inci halia
2 batang serai diketuk

Cara penyediaan
1. Bawang, halia dan cili dikisar hingga hancur.
2. Tumis bahan tersebut hingga naik bau dan cili masak.
3. Masukkan serai dan seterusnya lala.
4. Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
5. Kacau sehingga lala masak.
6. Tutup api dan boleh lah dihidangkan.

Siap! Senang je kan. Jangan lupa cuba ya. Sesekali pekena lala ni, memang bertambah makan nasi.

(Visited 212 times, 34 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Resepi Lala Masak Serai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!