Resepi Lempeng Untuk Sarapan Pagi

Paling senang kalau dapat buat lempeng untuk sarapan pagi. Sebab bahan-bahannya tak banyak. Zap zup zap dah boleh ngap. Haha..gitew. Nak tau ke resipinya?

Lempeng Mudah

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu gula ( tak nak pun tak pe)
3 cawan air
Secubit garam

Cara Penyediaan
1) Satukan semua bahan-bahan di atas ni di dalam satu bekas dan kacau sampai sebati. Pastikan adunan cair dan tidak berketul- ketul.

adunan lempeng penkek
2)Panaskan kuali leper(kuali biasa pun boleh). Jangan lupa, sapukan sedikit minyak pada kuali.
3) Ambil 1 senduk adunan letak atas kuali. Tunggu sehingga bahagian tepi lempeng sedikit garing baru diterbalikkan.
4) Bila dah siap bolehlah dihidangkan dengan susu pekat, kuah sardin, kari ayam atau dicicah bersama gula.

adunan lempeng penkek

Bagi Jida, bila dah letak gula dalam adunan dah tak perlu cicah apa-apa dah. Jida suka makan kosong macam tu je. Semuanya terpulang pada tekak masing-masing.

Ok lah itu saja perkongsian ini memberi idea pada anda untuk menu sarapan paling mudah.Terima Kasih

(Visited 20 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Resepi Lempeng Untuk Sarapan Pagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!