Assalamualaikum w.b.t
Kanak-kanak mudah jemu jika asyik diberi makanan yang sama seiap hari. Lagi-lagi anak kecil yang cerewet. Apakata sesekali anda tukar menu nasi mereka kepada mee goreng pula. Tentu mereka suka lagi-lagi sekiranya ibu kreatif dalam menyediakan menu untuk si kecil. Jom cuba resepi mee goreng yang sesuai untuk anak kecil di bawah.
Bahan-bahannya:
1 cawan mi kuning
1 biji telurĀ ( digoreng hancur terlebih dahulu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 batang sosej (di potong kecil-kecil )
1/2 biji lada benggala (Kalau nak nampak colourful letaklah, taknak pun tak pe. Ini terpulang )
Sedikit salad (sebagai hiasan)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukupnya
Cara Membuatnya
1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan sosej dan kacau sehingga rata.
3. Selepas itu , masukkan pula telur dan lada benggala. Kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan garam dan mi kuning. Kacau sehingga rata.
5. Hidangkan bersama salad
Siap! Ibu-ibu boleh menambah hiasan lain sekiranya perlu. Terpulang pada kreativiti anda. Selamat Mencuba.