Resepi Pes Ikan Bakar

Hari ni 1 Ramadhan, alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Buat semua pembaca entri blog ni, Jida mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik agar kita dapat melakukan ibadah dengan lancar pada bulan ini.

Pagi-pagi ni, Jida awal-awal dah siapkan pes ikan bakar untuk digunakan petang nanti. Pada yang nak tau resepi yang Jida gunakan, boleh check sini.

Resepi Pes Ikan Bakar

7 biji bawang merah
Sebiji bawang besar(Holland)
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai (2 diketuk), (3 diblender)
3 helai daun limau purut (carik kasar)
5 sudu cili boh
Sedikit belacan (dibakar)
8 biji cili padi
3 biji cili merah (tak letak pun, takde kat dapur)
Garam, gula secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan

1. Blender semua bahan kecuali 2 batang serai, daun limau purut, cili boh dan perasa(garam, gula).

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Guna minyak yang secukupnya untuk menumis.

3. Masukkan ramuan yang telah di blender. Masuk serai dan daun limau purut. Tunggu sehingga naik bau.

4. Masukkan cili boh. Kacau sekejap. Biarkan sehingga pecah minyak.

5. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Siap.

6. Setelah sejuk boleh lah dibakar bersama ikan pilihan hati. Bungkus ikan yang telah disaluti pes ikan bakar ini menggunakan aluminium foil.

pes ikan bakar

Artikel Berkaitan : Resipi Air Asam Versi Saya.

Senang je kan? Ni baru ada pes, ikannya belum beli lagi. Jap lagi baru pergi kedai. Harap-harap kenalah dengan tekak suami untuk juadah berbuka petang karang. Huhu..

Ok lah, sekian sahaja perkongsian Jida kali ni. Semoga bertemu di lain hari. Insha Allah.

(Visited 83 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!