Resepi Popia yang Senang dan Mudah

Assalamualaikum all….

Ini adalah entry ketiga saya tentang masak-memasak selepas resepi mee goreng dan kerabu udang. Maklumlah, saya ni bukanlah pandai sangat bab memasak di dapur ni jadinya hanya resipi simple je lah yang boleh saya kongsikan disini. Walaupun simple, insya Allah, tak rugi anda mencuba. Kali ini saya buat siap-siap belah malam, simpan dalam peti ais dulu and then pagi esoknya terus goreng. Cepat dan jimat masa.

popia-resepi

So,tanpa membuang masa, bahan-bahan untuk Popia Goreng saya adalah

  1. Kulit Popia
  2. Lobak Merah – hiris memanjang kecik2.
  3. Kobis – Di cincang halus
  4. Taugeh – Segenggam atau ikut suka
  5. Daging Ayam – cincang halus
  6. Garam sikit
  7. Minyak untuk menumis
  8. 2 biji bawang merah – di hiris
  9. 1 biji bawang putih – di hiris

Cara-caranya buat intinya :-

1- Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
2- Masukkan ayam yang dicincang dan goreng sampai masak.
3- Masukkan kobis dan lobak merah, letak air sikit, gaul sampai masak.
4- Masukkan garam secukup rasa.
4- last sekali, masukkan tauge sekejap.Tutup api.
5- Dah siap inti, angkat dan letak atas penapis supaya air gorengan tadi keluar. Intinya kena kering dulu baru lah kulit popia tak bocor sebab basah.
Tunggu dalam setengah jam atau sehingga sejuk sebelum memulakan proses menggulung.

Tara…dah siap. Popia Inti Sayur. Walaupun simple tapi sedap di makan panas-panas. Cicah dengan sos. Selain daripada disediakan untuk sarapan, korang juga boleh goreng popia untuk makan petang-petang bersama ahli keluarga. Best kan?

Semoga Bermanfaat.

(Visited 1,165 times, 17 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “Resepi Popia yang Senang dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!