Resepi Puding Karamel, Ringkas Tapi Sedap

Tengahari tadi sambil-sambil masak lauk tengah hari, sempat jugalah Jida buat hidangan pencuci mulut yang menjadi favorite suami iaitu Puding Karamel atau dikenali juga sebagai Puding Gula Hangus.

Walaupun mungkin ramai yang dah tahu camne cara nak buatnya, tapi Jida nak juga sumbangkan resepi Puding Karamel versi Jida. Haha..Sila jangan menyampah okeh! Bagilah chance sikit.

resepi puding karamel

Jadi, perkara pertama yang korang perlu buat ialah cari bahan-bahan ni dulu ye. Bahan-bahannya memang simple dan senang nak cari. Tak payah nak susah-susah cari kat pasar raya pun.

resepi puding karamel

  • 6 sudu besar gula
  • setengah cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur (gred B)
  • 2 keping roti
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit esen vanila

Langkah pertama

Panaskan gula di dalam loyang/ periuk non-stick (seperti gambar di bawah) dengan menggunakan api perlahan.

buat karamel gula

Kenapa Jida guna non-stick pan? Sebabnya gula yang dicairkan nanti hasilnya akan menjadi lebih cantik. Lagipun Jida cuma ada loyang yang nipis je. Memang cepat hangit kalau direct panaskan.  Thats why pakai non-stick. Kalau takde non stick pakailah loyang pun. Janji loyangnya tebal la sikit ye.

So, masa karamelkan gula ni, kacaulah sekali-sekala pakai senduk. Kena jaga selalu jangan sampai terhangit. Kalau warnanya dah bertukar perang tu dah kira OK lah tu. Kalau terlebih perang takut nanti puding rasa pahit pulak.

Langkah Kedua

Apabila gula dah mencair semuanya secara sekata, tuangkan ke dalam loyang macam kat bawah ni. Tapi kalau korang guna loyang direct untuk karamelkan gula, just ignore je la part ni.

buat karamel gula hangus

Inilah rupa gula yang putih tadi dah bertukar menjadi perang, memang menarik kan kaler dia. Oh ya, masa masukkan gula ke dalam loyang tu, pastikan dasar loyang dilitupi secara menyeluruh.

Langkah Ketiga

Seterusnya blender 2 keping roti, susu cair, susu pekat dan sedikit garam sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam blender yang sama dan kacau sebati menggunakan senduk . Masukkan juga satu sudu teh esen vanila untuk menghilangkan bau hanyir telur. Kalau tak nak letak pun takpe. Ikut suka korang lah.

(Maaflah part blender ni takde gambar). Harap korang dapat imagine macam mana ye.

Langkah Keempat

Tapis adunan tadi untuk memastikan tekstur yang dihasilkan nanti lebih halus dan sedap. Masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

Design-2016-06-02-13-31-17

Langkah Kelima

Tutup loyang menggunakan aluminium foil seperti di bawah ini. Tutup dengan kemas agar tiada wap air daripada kukusan dapat masuk ke dalam adunan.

Design-2016-06-02-13-29-55

Tips : Kalau korang takde aluminium foil, korang juga boleh balut tudung kukusan dengan kain bersih untuk mengelak wap air dari masuk ke dalam adunan puding.

Langkah Keenam

Boleh lah letakkan adunan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan tunggu sehingga adunan masak. Biasanya adunan akan masak dalam tempoh 45 – 60minit.

Langkah Ketujuh

Apabila puding sudah masak, biarkan ia sejuk dahulu di luar. Kemudian, barulah simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

puding gula hangus siap

Inilah rupanya bila diterbalikkan. Memang yummy2 kan. Tak sempat suami balik kerja, suku dah hilang masuk perut dah.

Notakaki : Walaupun rasa puding ni sedap, lemak dan manis. Janganlah melantak sampai tak ingat. Sayangi kesihatan juga ye, jangan sampai kena kencing manis pula.

OK . Tak nak membebel banyak-banyak. Selamat mencuba.

(Visited 1,330 times, 18 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Resepi Puding Karamel, Ringkas Tapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!