Resepi Puding Milo Oreo Best

Saja je kan Jida nak tambah penyedap rasa kat tajuk tu. Best tak best terpulang pada tekak masing-masing. Tapi, inshaallah, cuba dulu baru tau ya.

Resepi Puding Milo Oreo

Bahan-Bahan :

Sebungkus agar-agar
1 liter air
6 sudu besar gula
1 tin susu cair
5 sudu besar milo
1 bungkus oreo
Secubit garam

Bahan puding milo oreo
Bahan yang Jida guna
Puding milo oreo
Sebungkus Oreo. Krim yang di bahagian tengah tu Jida tak guna.

Cara Nak Masak Puding

1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga agar-agar hancur.

Puding milo oreo
Daun pandan tu optional.

2. Masukkan pula gula, garam dan kacau lagi sampai hancur semuanya.

** Sukatan gula tu bagi Jida rasanya sedang-sedang je. Kalau boleh tak nak letak banyak gula dalam masakan. Risau tau kalau dapat kencing manis. Huhu..

3. Seterusnya, tuang susu cair.

4. Kacau-kacau-kacau sampai mendidih dan pekat.

5. Perlahankan api dan kacau milo sampai sebati.

6. Dah masuk semua tutup api

7. Biarkan dalam 5 minit sebelum dituang ke dalam acuan.

8. Separuh daripada oreo dipatahkan, manakala yang selebihnya tak perlu dipatahkan.

9. Letakkan di atas puding yang masih suam.

Resepi puding milo oreo

10. Simpan di dalam peti ais. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

11. Siap untuk dimakan.

Puding milo oreo
Bila sejuk. Baru potong…

Senang je kan? Apa lagi, jom buat untuk famili kita petang ni. Budak-budak pun suka tau.

Ok lah, itu sahaja perkongsian Jida untuk kali ni. Semoga Bermanfaat.

(Visited 530 times, 19 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

8 thoughts on “Resepi Puding Milo Oreo Best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!