Resepi Singgang Daging

Balik kampung hari tu, banyak pula dapat daging korban. Ada yang adik beradik sendiri yang bagi, ada juga dapat dari jiran. Antara menu yang Jida selalu masak dengan daging ni ialah Singgang Daging. Biasanya kalau orang Negeri Pantai Timur mesti familiar dengan hidangan ini.

Jida pun selalu juga buat sebab suami suka makan dan yang penting nak buatnya pun senang bangat. Ok, so kalau nak buat boleh lah ikut resepi kat bawah ni.

Resepi Singgang Daging

resipi singgang daging

Bahan-bahan

300 gm Daging (anggaran) – dihiris nipis
2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih – dihiris
3 keping asam keping
2 tangkai cili kering – dipotong ( tak da pun tak pe)
Air secukupnya
Garam secukupnya.

Cara Masak

Masukkan semua bahan kecuali garam.
Masak sehingga daging empuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Kacau sekejap. Tutup api.

Senangkan. Nanti jangan lupa cuba Singgang Daging ni ya. InshaAllah, sedap dimakan panas-panas.

(Visited 1,371 times, 14 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!