Resepi Sira Labu, Kegemaran Keluarga

Semasa balik kampung hari tu, Jida ada juga ziarah dan berhari raya dirumah kakak sulung suami (kakak ipar Jida). Alhamdulillah, biasanya kalau ke rumah dia memang jarang pulang dengan tangan kosong. Ada saja hasil tanaman yang di beri untuk dibawa pulang ke Selangor.

Salah satu yang diberikan adalah 3 biji buah labu ni. Kecil molek je kejadian. Cute je tengok.

apa nak buat dengan labu?

Biasanya dari buahan labu ni ada orang masakkan sebagai kuah lemak, ada juga yang jadikan pai atau kek labu. Tapi Jida pula teringin nak makan sira labu. Sebelum ni kita dah buat sira pisang kan? Kali ni kita try buat sira labu pula ya.

Ada ke kat sini tak pernah makan sira labu. Ada orang kata takut angin. Tapi, itulah, Jida rasa kalau makan sikit ok je kot. Janganlah melantak tak ingat. Kalau badan dah masuk angin, cuba tips ni ok. >>> 5 Petua Buang Angin Di Dalam Badan.

Cara Jida buat sira labu yang manisnya biasa-biasa je ni adalah seperti berikut. Sangat mudah dan inshaallah jadi.

Resepi Sira Labu

Bahan-bahan
Sebiji labu ( saiz kecil )
Gula Melaka ( 1 ½ keping )
Air setengah gelas
Kapur Makan
3 helai daun pandan ( disimpul )

Cara Penyediaan
1. Labu dikupas kulit dan dipotong kecil.
2. Bersihkan dan buang biji.
3. Rendam dalam air yang mengandungi air kapur.

sira labu juadah petang
Labu yang dipotong dan direndam air kapur.

4. Selepas satu atau dua jam, toskan. Pastikan tak ada kapur pada labu yang hendak disira.
5. Masukkan ke dalam periuk labu tadi bersama setengah gelas air, gula melaka yang dipatah-patah kecil dan daun pandan.
6. Gunakan api kecil dan tunggu sehingga masak.
7. Biasanya tempoh masak dalam 30 minit ke 45 minit jika api perlahan.

sira labu kelate

Ok. siap dah menu petang ni. Senang je kan. Simple-simple je janji bila makan sedap nyam-nyam.

Selamat mencuba.

(Visited 172 times, 33 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

4 thoughts on “Resepi Sira Labu, Kegemaran Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!